| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 3 November 2012

Kalau Nak Membeli Inilah Masanya......

Hari ini kelas emas berjalan seperti biasa bermula 9 .30 pagi hingga 11.30. Lepas kursus bolehlah melihat produk kami. Kalau ada duit lebih untuk disimpan jangka panjang. Inilah masa yang sesuai untuk ditukarkan jadi emas samada dalam bentuk dinar atau jongkong.

Sebabnya harga tengah turun banyak. Emas ni kita tak boleh nak agak. Bulan lepas trendnya naik-naik dan naik. Minggu ni turun-turun-naik semula dan sekarang turun semula. Kalau nak membeli inilah masanya... lagi pun tawaran 1% masih open dan tawaran RM 30 loket anggerik bar dan bulat masih open juga. Beli sebiji pun dapat juga. (Biasanya beli 5 k baru dapat 1%). Ertinya pembeli baru kalau beli loket anggerik ni pun, dah dapat 1% campur rm 30. Kalau dealer lagi banyaklah.

Kita aje yang boleh beri diskaun murah masa murah macam ni. Tapi ingat selagi offer ni belum tutup. Rasanya kalau harga emas turun daripada ni kita kenalah tutup offer kita ni. Harga hari ini terlalu istimewa untuk membeli………

Kalau nak menjual pastikan harga beli dahulu lebih rendah daripada harga hari ini…… kami tak hendaklah pelanggan kami rugi. Lepas tu bising-bising. Kata emas menguntungkan. Kena buatlah kira-kira sendiri. Kena adalah ilmunya. Datang kelas emas. Kena rajin-rajinlah tengok harga kita dalam web dan log kita. Sendiri kena buat keputusan. Satu lgi.....emas ni simpan boleh untung:
1) untung dari simpan jangka panjang: harga emas selalunya naik. Tapi kalau simpan lama pun. bila harga tengah rendah baru nak jual semula. alamat rugilah.
2) untung dari simpan jangka sederhana: tapi yang ni kena selalu tengok chat dan harga kita.
3) untung dari simpan jangka pendek- emas boleh dirahan (gadaikan) dpat duit cash 65% daripada nilai emas. ingat yang ni kena bayar upah simpan. Duit boleh beli emas lagi atau untuk keperluan lain. 

Kami tak galakkan ada pelanggan kita beli hari ini, esok jual. lpas tu beli lagi, ini:
1) merugikan dia
2) tidak menepati jual beli dalam Islam; kerana jual beli dalam Islam untuk manfaat (simpanan) bukan perjudian.
3) Menyusahkan kami dan menambah kos masa. nanti dalam satu hari berlaku 2, 3 transaksi. ini kerja gi**.
oleh kerana itu kita syaratkan jual beli seperti ini mistilah sekurang-kurangnya jarak dua transaksi satu bulan.

Bulan lalu ramai yang tergesa-gesa buat keputusan jual emas mereka. Kita ingatkan rugi ni. Tapi mereka jual juga. Mereka tidak peduli nak jual juga kerana mereka buat keputusan ketika “demam ###”. Kami tak kata apalah. Kami seronok aje. Dalam keadaan seperti inilah rupanya rezeki kami. Siapa kata kami tak hendak untung.


AG Jual beli emas. nak untung ikut kreatif sendiri. Kami mengutamakan anda dengan memberikan diskaun berkala dan diskaun kelayakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9