| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 20 Disember 2012

Rahnu AG Dgn Nama Ar Rahnu Kukuh Selangor Sdn Bhd Telah Beroperasi. Perlaksanaan Penuh Kami Akan Maklumkan Kemudian

Al Hamdulillah………
Koperasi kukuh Selangor Bhd telah didaftarkan dibawah SKM dengan bil . Daftar B-4-1119 .
Serentak dengan itu Kukuh dibenarkan menjalankan aktiviti:
      
     1)      Ar Rahnu
     2)      Menjalankan aktiviti motivasi, seminar dan kursus agama
      3)      Perkhidmatan Haji dan Umrah
Untuk makluman semua kalau disebut Ar Rahnu Kukuh Selangor Sdn Bhd, amsyiq punyalah tu.Yang paling istimewanya ar Rahnu kukuh ni: bagi yang buat berlapis-lapis (GKA) atau kami istilahkan dengan “ar Rahnu pelaburan”. 

Dengan Ar Rahnu ini sistem gadai dan beli GKA yang sebelum ini terikat dengan sistem ar Rahn Islam iaitu upah simpan perbulan sebanyak 0.70%

Perlaksanannya beli di kaunter AG dan gadai di kaunter ar Rahnu kukuh, dapat duit beli lagi emas darikaunter  AG kemudian gadaikan di kaunter ar Rahnu kukuh, begitulah seterusnya.
 kami berikan upah simpan yang terendah setakat yang kami tahu iaitu 0.55% dengan kadar pinjaman 65% daripada nilai marhun.

Untuk produk ar Rahnu lain upah simpannya kalau ahli koperasi 0.70% dan orang awam 0.80%. 
Waktu yang terdekat ini, kami layan sesiapa yang membeli  untuk buat gadaian berlapis sampai habis (GKA) dengan kadar upah di atas.

Ar Rahnu yang lain kami tangguhkan perlaksanaannya sehingga kami maklumkan nanti. kerana kami sedang mengemaskinikan "sistem" .dan memberi latihan kepada staf "rahnu" kami. Berkaitan ini anda boleh hubungi pejabat kami dahulu untuk kepastian (tel: 55231066).

Berita baik juga untuk semua, semalam saya telah menyerahkan lessen koperasi dan ar Rahnu kita ini kepada BNM. Menurut pegawai bank tersebut InsyaAllah selewat-lewatnya awal January akan diberitahu tentang “keluar senarai” nanti.

Kami telah kelewatan dari sepatutnya kerana  birokrasi yang kami lalui. Harap maaf dari penyokong kita dan diharapkan semua urusan akan selesai nanti. Mohon doa semua.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah. stlah skian lama ditunggu2. Smoga dpt manfaat utk semua

    BalasPadam



TV9