| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 28 April 2013

Penjelasan Tentang Rahnu Kukuh

Rahnu Kukuh

Rahnu kukuh dibawah selian SKM. Tertakluk kepada terma dan syarat Rahnu yang diselaraskan. Antaranya: 

1)       peratus upah simpan yang dikenakan , pihak Rahnu boleh menetapkannya dan harus merubahnya. Namun terikat dengan apa yang termaktub dan klausa yang ditulis dalam surat Rahnu.

2)      Rahnu boleh merubah tempoh tebus samada 6 + 2 + 2, atau 3 + 3 + 3 atau 4 + 4, 4 + 3, 4 + 2 dan sebagainya. Ini akan diberitahu apabila ketika lanjutan tempoh dibuat. Ini boleh dirujuk kepada ketetapan atau kelonggaran merubah terma seperti yang diterangkan dalam surat gadaian / Rahnu. 

3)      Rahnu boleh menetapkan maksimum pengeluaran pinjaman harian dan maksimum pinjaman peribadi. Contohnya: 10 k untuk pinjaman harian dan 50k untuk pinjaman peribadi.

Berdasarkan itu:

1)      Rahnu kukuh boleh menutup pinjaman dan tidak menerima gadaian apabila peruntukan pinjaman telah habis. Namun biasanya kami memberi cadangan kepada pelanggan pergi ke rahnu yang lain seperti *Koprimas di seksyen 17, Kesegar  sksyen 18, Damai Sutera seksyen 9, Bank Rakyat seksyen 9 dan lain-lain. 

2)      Rahnu berlapis hanyalah cara memanipulasi emas. Ia boleh dilakukan dengan dua cara:

Pertama: Beli produk AG, gadaikan dapat duit 65% dari nilai produk beli lagi produk AG. Gadaikan dapat duit 65% dari nilai produk beli lagi produk AG.Begitulah seterusnya berlapis-lapis sehingga duit  tidak mencukupi membeli emas lagi.

Kedua: Beli produk AG, gadaikan kepada institusi Rahnu yang lain seperti diatas*. Dapat duit 65% daripada nilai marhun dari institusi tersebut, datang lagi ke Amsyiq beli produk AG. Kemudian gadaikan kepada institusi Rahnu yang lain untuk dapatkan pinjaman 65% dan dating lagi ke Amsyiq untuk membuat pembelian. Kemudian rahnukan lagi dan beli produ AG. Begitulah seterusnya.

Pandangan:

Cara pertama AG dapat membantu pelanggannya menjimatkan masa. Menguntungkan pelanggan masa dan wang.

Cara Kedua AG dapat membantu pelanggan membeli emas dengan banyak dengan wang yang sedikit. Dalam masa yang sama pelanggan kami dapat membantu Koperasi Kukuh mendapatkan modal luar untuk menggerakkan operasi Rahnunya.

Buat masa ini Rahnu Kukuh bergerak dengan modal syer sendiri  (pembeli syer koperasi) dan syer yang dibeli oleh AG. Apabila Rahnu memberi pinjaman kepada penggadai. Dan penggadai tidak membuat penebusan. Modal Rahnu te sekat sehingga ada penebusan berlaku. Kerana itu kami terpaksa mencadangkan buat Rahnu di institusi Rahnu yang lain. Perkara ini biasa berlaku kepada rahnu koperasi lain yang modalnya kecil.

InsyaAllah kalau kami dapat pembeli syer koperasi yang besar dan pinjaman modal dari SKM perjalanan rahnu kukuh akan lebih kukuh. Rahnu Kukuh baru berusia 4 bulan, terlalu awal untuk bergerak dengan lebih agresif.

Kesimpulan.

Jawapan di atas diharapkan dapat menjawab coment yang disampaikan kepada kami. Dan diharapkan pelanggan dan pendokong  dapat menerima kelemahan kami  dan sama-sama membantu kami, sementara kami  menjadi  benar-benar kukuh. Kami sedang mengusaha mengukuhkan Rahnu kami.

2 ulasan:



TV9