Kini Amsyiq Gold Sdn Bhd beroperasi 7 hari seminggu 9am - 5pm | Seminar Emas Setiap Sabtu (9-12 tgh) di Wisma Amsyiq | Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Office : 03-55231066 | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida 012-666 9362 | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah 019-290 3165 | Dapatkan Gold Coin Amsyiq, Gold Bar Amsyiq, Dinar Darul Ehsan, Dirham & Barang Kemas sekarang! | Hubungi cawangan, wakala dan ejen-ejen kami yang berdekatan dengan anda | Senarai Wakala Di Seluruh Semenanjung Malaysia | Banting: 016-2758996 | Rawang: 012-2681380/012-9149403/012-2148220 | Kelang dan Shah Alam: 019-2715765 | Sabak Bernam: 013-6328852 | Puchong: 017-3501340 | Hulu Selangor: 019-2781384 | Putrajaya: 019-3147566/017-3704931 | Perak: 019-5550464 | Kedah: 019-4775980 | Pahang: 013-9326688 | Negeri Sembilan: 019-3849239 | Pulau Pinang: 016-4957970 | Melaka: 012-6637207 | Terangganu: 017-9643775 | Wilayah Persekutuan: 013-6725102| Johor: 013-3722635

Ahad, 12 Mei 2013

Nasihat Kepada Ahli AG Jangan Beli Emas Dengan Kaedah 35:65

Ada dua soalan yang telah dikemukakn kepada kami:

Pertama: adakah amsyiq mengamalkan kaedah 35:65
Kedua: kenapa amsyiq tak buat kaedah 35: 65 yang sangat menguntungkan seperti yang telah dirajahkan dalam surat khabar baru-baru ni.

Jawaban:
Jawaban ini khusus untuk ahli- ahli Amsyiq untuk memahaminya. Kedua-dua soalan Amsyiq jawab serentak: Amsyiq tidak mengamalkan kaedah 35:65, kerana;
a)      Kaedah ini pastnya menguntungkan syarikat yang mengamalkannya. Tapi tak pastinya menguntungkan pembeli.
b)      Kaedah tersebut membuat orang berhutang dengan rahnu . modal 35%. Hutang dengan Rahnu 65%.
i)         Kalau beli 100g, tambah 200gram. Ingat! tambah tu hutang dengan rahnu. Syarikat cuci tangan.
ii)       100g tu modalnya katakanlah 14k. Hutangnya dengan Rahnu 28k. Ingat cukup 6 bulan Rahnu akan minta tebus. Kalau tak ada duit tebus diberi peluang tambah 2 bulan. Kalau dah cukup 2 bulan tu. Kena tebus juga. Setengah Rahnu tak boleh kontra. Kalau tak boleh tebus kali  ini, emas anda akan dilelong.
iii)       Ingat emas bukan sentiasa naik. Kadang-kadang ketika cukup tempoh matang  Rahnu berbetulan pula dengan harga emas jatuh seperti sekarang. Emas yang dirahnu itu telah berkurang nilainya. Maka pada ketika itu bukan sahaja 65% yang kita pinjam itu tak dapat diselamatkan, modal 35% itu juga tak dapat kepada kita.

Contoh:
Ahmad beli 100g dari Syarikat 35:65 pada bulan 5 Sept 2012 (tahun lepas). Pada ketika itu harga emas 1 gm 196. Ahmad bermodal  19,600. Syarikat 35:65 top up 200 gm lagi. Syarikat bawa Ahmad ke Rahnu AGRO.300 gm itu di gadaikan di Rahnu AGRO atas nama Ahmad. Dapatlah pembiayaan  (nilai 65% daripada  58,800) iatu 38220. 38,220 itu diambil oleh syarikat.(setakat inilah peranan syarikat. Lepas itu syarikat tak ada kena mengena dengan Ahmad).Yang berhutang dengan AGRO ialah Ahmad iaitu sebanyak 38,220. Itu pun kalau harga syarikat sama denga AGRO. Kalau harga  AGRO rendah perbezaan akan diminta oleh syarikat daripada Ahmad.

Bila sampai bulan Mei 2013. Ahmad dihubungi oleh AGRO supaya menebus emasnya. Harga emas jatuh 144 satu gram. Dalam kepayahan Ahmad dapatlah mengumpulkan 38,220 untuk menebus emas di Rahnu. Keluarlah emas 300gm yang nilainya semasanya ialah (144x300)= 43,200.

Untuk Ahmad nak tahu untung atau ruginya dia, 43,200 tadi tolak 38,220= 4980. Ini bermaksud Ahmad rugi, sebab modal Ahmad dulu 19,600. (19,600 – 4980)= 14,620. Perbezaan inilah kerugian Ahmad.
Itu belum orang yang tak boleh mendapatkan duit untuk menebus, tentulah emasnya kena lelong. Kadang-kadang  lelong pun tak cukup nak bayar hutang, bank akan minta perbezaan kurang tersebut dari Ahmad.
iv)     Satu lagi emas yang dah keluar daripada Rahnu nak jual kat mana. Tentunya Syarikat tersebut tidak bertanggung jawab. Jadi Ahmad terpaksa jual pada syarikat lain atau kedai emas yang sudah tentu susut nilai membawa kepad 20 hingga 30 % daripada harga semasa.

v)   Syarikat pula jual 100gm keatas sahaja. Yang kecil-kecil tak main. Ingat kita berhutang dengan ar Rahnu besar juga. Syarikat tu dapat jual dengan volume yang besar (tiga kali ganda) daripada niat asal pembeli.

Kesimpulan
Amsyiq memberi pandangan kepada ahli-ahli amsyiq supaya tidak menggunakan kaedah ini. Ini nasihat ikhlas, dah banyak pengalaman orang sebelum ini yang amsyiq bantu mereka.

1 ulasan:

  1. terharu dgn nasihat ikhlas amsyiq.
    betul2 mahu menolong sesama agama dan bangsa.

    BalasPadam

TV9