| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 4 Jun 2013

Jawaban Kepada Komen Pelanggan

1. Bagaimana sijil rahnu dikeluarkan. Adakah semua dinar (atau emas lain) yang dirahnukan pada satu sijil sahaja atau beberapa sijil.
2. Bagaimana cara untuk melanjutkan tempoh rahnu. Saya diberitahu untuk rahnu berlapis (cth bernilai RM16k, tempoh dikenakan untuk pembayaran balik adalah 4 bulan.Untuk melanjutkan tempoh, jumlah rahnu yg sebelumnya (RM16k) mestilah dibayar sepenuhnya terlebih dahulu. Ini seolah2 membuat rahnu yg baru berbanding melanjutkan tempoh rahnu yg sedia ada.
3. Berdasarkan contoh pengiraan yg dibuat, pada akhir lapisan Ahmad berjaya mempunyai 36 dinar = (hasil drp jumlah pembiayaan rahnu berlapis bernilai anggaran RM16k + modal RM9996). Sekiranya tempoh 4 bulan adalah diperuntukkan (seperti soalan 2), Ahmad hendaklah membayar RM16k/4 + upah perbulan = RM 4k++.
 Minta penjelasan ketiga2 soalan diatas yg berkaitan dengan bayaran balik. Dengan penjelasan tersebut, barulah seseorang dapat menilai kemampuan untuk melabur dengan kaedah rahnu berlapis.                                                                  

 
Jawaban
1.   Bukan sijil. Surat Rahnu dikeluarkan biasanya standardlah mengandungi butiran-butiran diperlukan seperti nilai marhun, jumlah pinjaman/ pembiayaan, tempoh matang dan sebagainya. Adapun untuk satu surat atau beberapa surat boleh bincang denga institusi rahnu berkenaan. Mereka tiada halangan. Ada rahnu mengenakan contohnya RM 2 untuk satu surat.
2.  Terpulang kepada institusi Rahnu berkenaan. Biasanya boleh bayar upah simpan yang lalu untuk melanjutkan tempoh . Kecuali kalau tempoh tidak boleh dilanjutkan lagi. Contoh yang mengamalkan 6+2+2. Setelah sepuluh bulan tidak boleh dilanjutkan lagi. Oleh kerana itu kena bayar lah pinjaman+ upah simpan. Kalau tak boleh institusi Rahnu berkenaan akan melelong emas tersebut. Kalau Bank Rakyat biasanya boleh sambung sampai bila-bila dengan syarat bayar sahaja upah simpan.
3.       Cara bayaran: Biasanya pihak Rahnu membenarkan dua bentuk bayaran:
a)      Sekali gus, iaitu setelah tamat tempoh bayar pinjaman/pembiayaan + upah simpan
b)      Secara ansuran bulanan, ini seperti yang dijelaskan oleh pengomen.

Tambahan
1.       Kalau masa tebus harga emas sedang tinggi. Boleh masuk balik. Ini dinamakan tukar surat. Dengan harga yang baru meujudkan  perbezaan lebihan. Lebihan inilah boleh menampung bayaran upah simpan.
2.       Kalau masa tebus harga emas sedang rendah. Menebus emas dan masuk semula dengan harga baru boleh meujudkan perbezaan kurang. Contoh nilai dahulu 10,000 dapat pinjam 6,500. Sampai masa 6 bulan, kena bayar 6,500+ upah simpan (70X6=420) iaitu 6920. Bayar 6920 ini dapat emas. Masukkan kembali katakanlah berdasarkan harga emas kurang emas yang ada itu dengan nilai semasa yang rendah menyebabkan nilainya menjadi 9000 contohnya. Jadi pinjaman yang boleh diperolehi 65% daripada 9,000 adalah 5850. Ini bagi yang ada duit .
3.       Perkara 2 diatas juga boleh kita lakukan dengan cara menebus tanpa wang atau tanpa wang penuh. Contoh masa harga emas rendah pergi ke Rahnu. Tanyakan nilai emas milik kita yang ada pada Rahnu. Katakanlah 14 keping dinar dulu haraganya 10,000. Nilai semasa hari ini oleh kerana harga emas rendah nilai 14 keping tersebut hanya 9,000. Nilai hutang / pinjaman Ahmad adalah 6,500+ upah simpan 420 adalah 6920. Jadi beritahu pada Rahnu kita nak masukkan semula emas tersebut . Jadi nilai emas tersebut adalah 9,000. Pinjaman yang diperolehi (65% daripada 9,000 adalah 5850. Sedangkan hutang dengan Rahnu 6920. Ahmad perlu menambah perbezaan tersebut iaitu 1070.  
4.       Bagi pemilik emas AG, mereka boleh tebus emas mereka di Rahnu dan jual balik kepada AG. Ini tentu menguntungkan kerana harga buy back AG tentulah lebih tinggi daripada harga lelong bank ketika harga semasa emas rendah.
5.       Sesiapa yang membeli emas AG dan membuat Rahnu berlapis dengan Rahnu kukuh tentulah mempunyai kelebihan yang banyak seperti berikut:
a)      Jimat masa, dan untung wang kerana upah simpan yang direndahkan
b)      Tidak perlu bimbang emas kena lelong, sebab kalau tak dapat bayar pinjaman dan upah simpan. Buy back kepada AG. Kalau ada lebihan bawa balik. Kalau ada kurang tambah. Lazimnya dan sepatutnya ada lebih.Ini berbeza kalau kena lelong , tentulah harganya lebih rendah.
Namun seperti yang telah dijelaskan dahulu, kelemahan rahnu kukuh seperti rahnu koperasi yang lain ada kalanya mempunyai keterbatasan peruntukan untuk rahnunya, ada kalanya menutup perkhidmatan rahnunya berdasarkan budjek yang ada. Rujuk post penjelasan Rahnu kukuh sebelum ini.

1 ulasan:



TV9