| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 26 Ogos 2013

AG dan kukuh semakin berprestasi dan utuh

Ogos 25, lebih 150 orang hadir dalam majlis perjumpaan Aidilfitri Koperasi Kukuh Selangor Berhad dan Amsyiq gold Sdn Bhd. Syeikhulmaqari Othman b. Hamzah Pengerusi Lembaga Koperasi berpuashati dengan ehadiran anggota koperasi dan ahli AG. Beliau menyatakan Ini adalah perjumpaan pertama ahli kukuh sejak ditubuhkan dan berbetulan dengan semangat Aidilfitri diharapkan dapatkan memperkukuhkan lagi ukhwah dikalangan ahli.



Pengarah urusan Amsyiqgold Pn. Hajjah Khainarida bt Manan pula ketika ditemui sangat berpuas hati dengan majlis tersebut kerana dapat menghimpunkan pengusaha-pengusaha emas Amsiq gold, agen dan pelanggan-pelanggan AG. Adalah diharaapkan  perjumpaan ini menjadi mmomentem yang boleh melonjakkan lagi perkembangan Syarikat kearah yang lebih maju dan berkembang. Dengan pergerakan harga emas yang agresif kini, peluang orang ramai membeli dan tidak perlu menunggu lama lagi. Apatah lagi dengan kaedah terkini AG” kaedah U-DARA” pelanggan boleh membeli emas dan menyimpan di AG sementara menunggu harga emas melonjak tinggi . Dalam masa yang sama mendapat hibbah daripada AG.


Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut Dato’ Zabir b. Bajuri, Dato’ Ahmad b. Isnin dan lain-lain. Dato’ Zabir sangat bersetuju usaha-usaha yang dijalankan oleh kukuh dan AG dalam menyatu dan memabangunkan ekonomi umat Islam melalui kukuh dan perniagaan emas Amsyiq gold. Kebanyakan tetamu berpuashati dengan majlis tersebut. Hasal b. Senin  menyatakan harapannya agar program seperti ini hendaklah diteruskan pada masa akan datang. Beliau juga sempat memberi pendapat betapa perlunya orang Islam menyokong usaha AG yang melepaskan Fardhu kifayah dan menyeru meninggalkan syarikat bukan Islam.
Untuk maklumat lanjut hubungi 03 55231066 dan melayari web: www.amsyiqgold.com











Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9