| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 7 September 2013

hukum mencari kekayaan


Hukum mencari kekayaan
Ramai yang bertanggapan secara negetif bila kita berbicara tentang kekayaan.
Maka disini saya bicarakan hukum mencari kekayaan.
 
Sebenarnya, ada 5 hukum mencari kekayaan
Pertama: wajib
Iaitu mencari kekayaan dalam menunaikan kewajiban-kewajiban seperti:
Mencari harta untuk kecukupan diri dan keluarga,
Untuk menyara ibu bapa dan untuk melunaskan hutang
Kedua: Sunat
Berusaha menambah harta benda walaupun telah melebihi standard kecukupan dengan niat untuk:
 menolong fakir miskin,
mengeratkan silaturrahmi dengan membantu kaum kerabat,
membantu pelajar
membangunkan sekolah
dlln
ketiga: Harus
Bila kkayaan telah mencukupi, masih mencari kekayaan dengan tujuan untuk:
Bernikmat-nikmat dalam makan, minum , tempat tinggal dan perkara-perkaraharus yang lain,
Menikmati pakaian yang indah, makanan yang lazat dan kenderaan yang mewah
Keempat: Makruh
Berlaku bila usaha mencari harta menyebabkan seseorang meninggalkan ibadah-ibadah  sunat,
Atau menyebabkan membawa seseorang melakukan perkara yang makruh
Kelima: haram
Berlaku bila cara mendapatkannya adalah cara yang haram,
Atau menjadi penyenyebab melalaikan kewajiban,
Atau kekayaan digunakan untuk maksiat.
Dalil Al Quran:
“Dialah yang menjadikan bumi  buat kamu mudah, maka berjalanlah dipenjurunya. Makanlah dari rezekiny dan kepadanya tempat kembali” (surah Al Mulk)
Sabda nabi: “ tidak salah Kaya bagi orang yang bertakwa kepada Allah Azza Wajalla”
“Amsyiq mengajak anda menjadi  (OKB)orang kaya yang bertakwa dengan emas Amsyiq “.
“beli hari ini-simpan- kaya pada masa mendatang”

1 ulasan:



TV9