| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 28 September 2013

hukum-umum dalam akad - bolehkan jual beli emas melalui internet atau sms


Sebelum menjawab tersebut kita jelaskan dahulul hukum-hukum umum dalam akad
Hukum-hukum umum dalam akad (transaksi)
Akad menduduki kedudukan terpenting, kerana perjanjian menetukan hubungan antara dua pihak yang terlibat dimasa sekarang dan dimasa akan datang.
Definasi akad
Pada bahasa ialah secara keseluruhannya kembali kepada bentuk ikatan atau perhubungan terhadap dua hal.
Pada istilah: adalah keterikatan keinginan diri dengan sesuatu yang lain dengan cara yang memunculkan adanya  komitmen tertentu yang disyariatkan
Rukun-rukun akad
rukun pertama:Dua pihak atau lebih yang melakukan akad
Kedua-dua pihak disyaratkan memiliki kelayakan:
Pertama: kemampuan membezakan yang baik dan yang buruk
Kedua: bebas memilih
Ketiga: akad dianggap berlaku bila selamat dari kecacatan dalam khiyar.
Rukun kedua: objek akad (transaksi)
Barang yang dijual atau barang yang disewakan.
Beberapa syarat yang misti ada:
1) barang tersebut mistilah suci pada syarak
2) barang tersebut boleh digunakan dengan cara yang disyariatkan
3) komiditi boleh disah terimakan
4) barang yang dijual merupakan milik sempurna
5) boleh diketahui wujudnya oleh orang yang melakukan akad.
Rukun Ketiga: Sighah akad
Sighah adalah ungkapan yang diucapkan oleh orang yang melakukan akad.
Ungkapan itu mengandungi ijab dan Qobul
Ijab ialah ungkapan penyerahan barang
Qabul menunjukkan penerimaan kepemilikan.
Apakah akad sudah dianggap sah dengan adanya serah terima barang?
Yakni seorang penjual menyerahkan barang dan pembeli menyerahkan wang bayarannya tanpa adanya ucapan dari salah seorang diantara kedua mereka.
Pendapat yang sahih menurut jumhur ulamak jual beli seperti itu sah berdasarkan perkara berikut:
1) berlakunya kerelaan
2) tidak ada nas sayariat yang mensyaratkan ijab dan qabul secara lisan
3) amalan tersebut sudah menjadi  ‘uruf  (kebiasaan)
Syarat-syarat akad
Pertama: mesti berlaku dalam satu majlis
Kedua: penyebab terjadinya ijab mesti ada hingga terjadinya qabul.
Ketiga: tidak adanya hal yang menunjukkan tarik diri dari pihak kedua.
Hukum melakukan akad melalui komunikasi moden
1)Kalau akad berlaku. Kedua-dua pihak tidak berlaku dalam satu lokasi. Tidak melihat antara satu sama lain. Tidak mendengar suara. Sementara media yang digunakan adalah tulisan, surat, kedutaan atau deligasi, via telegram, faks, monitor komputer.
Dalam semua keadaan diatas – akad dianggap sah, kerana ijab boleh sampai ketempat yang dituju, demikian juga qabul dari pihak yang lain.
2) kalau akad antara kedua pihak berlaku dalam satu masa sedangkan keduanya berada dalam dua lokasi yang berlainan. Akad pula dilakukan denga telefon atau faks- maka akad tersebut dianggap akad antara dua orang yang hadir. Akad tersebut sah.
3) kalau pihak yang menawarkan akad dengan media tersebut memberikan ijab dengan waktu tertentu, maka ia tidak boleh dibetulkan kembali
4) Kalau berlaku kekeliruan, hendaklah kembali kepada kaedah-kaedah umum.
5) semua kaidah-kaidah tersebut tidak berlaku bagi akad nikah, kerana nikah memerlukan saksi. Tidak berlaku pada pertukaran mata wang kerana ada syarat penyerahan langsung.
Menurut penulis
kalau emas dianggap mata wang, maka mesti dilakukan penyerahan langsung apabila berlaku lock harga, maka tidak boleh berlaku akad melalui komunikasi moden
Kalau emas dianggap sil’ah (“barang”) kerana emas itu telah berlaku kerja-kerja menempa, maka ia boleh dilakukan jual salam (jual tempah) dengan membayar deposit. Dan boleh berlaku akad melalui komunikasi moden
Parameter JAKIM membenarkan kita langsaikan dalam masa tiga hari, Pada pendapat penulis : “ini mengisyaratkan  emas dianggap sil’ah (barang)”. Dengan demikian  kita boleh lock harga atau jual semula mengikut harga semasa melalui komunikasi moden seperti sms dan internet, dan boleh dilangsaikan bayarannya dalam masa tiga hari.
Kesimpulan
Apa pun:
Amsyiq melaksanakan parameter JAKIM atau keputusan jawatankuasa Fatwa kebangsaan membenarkan pembayaran jual beli emas dalam masa tiga hari.
Anda ingin membeli emas sebagai simpanan dan keuntungan masa depan hubungi kami
55231066 atau 0126669362

1 ulasan:



TV9