| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 13 September 2013

Orang Kaya Bertakwa (OKB) wajib meninggalkan Riba


Harta adalah milik Allah. Kita hanya pemegang amanah dan pengurusnya. Oleh kerana itu kita kena ikut perimtah tuan kita , iaitu Allah Tuhan kita. Orang kaya jangan fikir asal  boleh kaya sahaja. Bujur lalu melintang patah. Asal jadi duit . Kerana itu kita mesti memiliki akhlak yang baik, sekurang-kurangnya  seperti berikut:
pertama: Usaha yang halal: Contoh yang haram:
-minuman keras, bangkai, babi, riba , jual rokok dan sebagainya
Kedua: menunaikan hak
-bayar zakat, berderma dan tolong orang.
ketiga: Niat yang tulus.
Dengan niat perkara harus menjadi ibadah. Berniaga saja-saja hukumnya  harus. Berniaga kerana Allah jadi ibadah.
Keempat: Budi pekerti yang luhur seperti:
-Jujur, amanah dan menunaikan janji
-Memabayar hutang dan tolerensi dalam menagih hutang
-Jangan saling menyakiti hati orang lain.
Kelima: Menghindari riba
-Firman Allah bermaksud:”Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa baki riba, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu tidak melakukan perinta ini dengan tidak berhenti, kamu telah memerangi Allah dan Rasulnya. Jika kamu bertaubat, maka buat kamu modal harta kamu. Kamu tidak menzalimi dan kamu tidak dizalimi”
Keenam: menjaga undang-undang syarak.
Ketujuh: Tidak mengambil harta orang lain dengan cara batil.
Rasulullah melarang jual beli yang ada unsur tipu, perjudian, membeli atas belian orang lain, menjual atas jualan orang lain, bersumpah untuk mempromosi produk kita lebih baik dari yang lain dan sebagainya.
Kelapan: tidak memudharatkan orang lain.
Sabda nabi bermaksud: “Tidak mudharat dan jangan memudharatkan”
Kesembilan: cenderung “wala’”  (kesetiaan) kepada orang yang beriman. Ikut falsafah Abdurrahaman b. Auf.
Kesepuluh: mempelajari hukum-hukum muamalah Islam. (ikuti kuliah muamalah saya di Radio Selangor fm. 100.9 setiap isnin 6.15 petang)

sekarang harga emas turun semula. Kalau nak beli, ini masa terbaik.
"keuntungan anda keseronokan kami"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9