| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 28 November 2013

pelaburan emas 2


Emas
Emas dan kekayaan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan
Banyak emas sering dikatakan sebagai orang yg kaya harta
Emas adlah alternatif pelaburan yg wajar dipertimbangkan
Emas simbol kekayaan bagi yg hartawan
Bagi masyarakat sederhana:
Emas tetap ada peranannya
Koleksi barang kemas sebagai sumber dana yg akan digunakan apabila memerlukan kewangan
Jual atau gadai
Ibu dikampung sanggup gadaikan emas untuk membiayai pendidikan anak-anak di menara gading
Peniaga gadaikan emas sebagai modal pusingan
Tetapi…..
Tidak banyak yang memanfaatkan emas sebagai pelaburan
Tidak ramai yg menjadikan emas sebagai simpanan nilai
Majoriti jadikan emas sebagai simpanan pasif
Kebanyakannya menjadikan emas sebagai perhiasan sahaja
Jarang yang menghasratkan pemilikan emas untuk menambah kekayaan masa depan, jaminan di hari tua
Untuk membuat keputusan yang baik:
Pelabur perlu merancang: jangkamasa,dana yang ada, risiko yang sanggup dihadapi
Pelabur mengenal pasti alternatif instrument pelaburan yang ada
Pelabur perlu mmbuat analisis berdasaarkan data masa lepas dan masa depan
Pelabur menyenaraikan pilihan mengikut tahap kesesuaian
Pelabur perlu menentukan kombinasi instrument pelaburan yg mmbentuk potfolio pelaburan
Pelabur mistilah konservatif dari aspek kewangan:
Tidak menzahirkan keuntungan sebelum benar-benar untung
Menzahirkan kerugian sebaik sahaja kerugian dijangkakan.
Tiada siapa dapat meramal dengan tepat tentang untung nasib sesuatu pelaburan
7 sikap mempengaruhi keputusan pelabur
Ralat terhadap pengalaman lepas
Percaya terhadap prestasi lepas akan berulang
Teruja dengan potensi masa depan
Yakin peluang hanya datang sekali sahaja
Takut risiko yang tidak pasti
Terpengaruh dengan maklum balas pelabur lain
Teguh dengan pendirian terhadap pelaburan patuh syariah
Kebanyakannya…….
Pentingkan reka bentuk, elegan dan kombinasi permata
Elemen tersebut hangus nilai, tidak punya nilai tukaran masa depan
Apabila membeli emas perhiasan, bukan sahaja membayar nilai emas termasuk upah dan premium
Bagaimana harga emas ditentukan
Harga emas sentiasa turun naik dalam setiap minit
Tanpa memahami harga emas yang sentiasa berubah-ubah menyebabakan ramai yang kecewa
Untuk jangka masa panjang harga emas adalah setabil
Naik turun harga emas ditentukan 2 faktor:
Naik turun nilai USD
Perubahan dalam permintaan dan penawaran emas
w/p permintaan mengalami turun naik, kadar permintaan emas untuk jangka panjang dijangka akan terus naik
Penawarannya adalah terhad memandangkan emas galian yang terbatas
Pilihan bentuk pelaburan emas
Emas perhiasan
Syiling emas
Jongkong emas
Tatacara pelaburan emas tidak merugikan
Elemen masa memainkan peranan penting .
Semakin panjang tempoh masa menyimpan emas, semakin tinggi keuntungan
Jika dilepaskan secara tergesa-gesa risiko rugi atau untung kecil mungkin berlaku
Jika pelabur tidak terdesak menjual emas, apa dihairankan dengan harga emas yang merosot pada masa-masa tertentu.
Untuk untung maksimum
Spread yang kecil
Setakat diketahui emas AG yang paling kecil spreadnya

2 ulasan:

  1. bagaimana pembelian emas pada tahun 2012...masih lagi menanggung kerugian..perlu penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelanggan AG yang dihormati. Emas adalah komiditi yang harganya berubah mengikut harga emas dunia. Pada 2012 graf harga emas naik setiap hari sehingga memuncak. Pertengahan 2012 hingga ke 2013 harga emas jatuh dan sampai 2014, harga emas mencecah ke lantai. Sekarang harga emas mula bergerak naik kembali. Kalau hendak membeli inilah masa yang sangat tepat, kerana rasanya emas tak turun lagi dari harga ini. Dan kalau membeli sekarang mungkin tidak lama menunggu untuk harga emas naik. Tetapi bagi pembeli 2012 yang harga sedang memuncak, kenalah menunggu sehingga harga emas melebihi harga belian . Keadaan ini terpaksa kita hadapi. Kalau saudara membeli 10k bayangkan kalau kami sebagai peniaga emas berapa K yang kami kena tanggung. Memang dalam keadaan biasa emas menguntungkan, tetapi dalam keadaan-keadaan 2012 hingga sekarang, ini kita tak dapat menentukannya. Tetapi kita tidak akan rugi selagi kita tidak menjualnya. Kalau kita jual juga, maka kita terpaksalah menerima risikonya. Inilah dinamakan pelaburan. Untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburannya.

      Padam



TV9