| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 26 November 2013

TIP MUDAH KEUNTUNGAN MENYIMPAN EMAS


a)      Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 37%-50% setahun dalam jangka panjang)

b)      Menyimpan selama mungkin dan memajak (RAHN) apabila memerlukan wang
C)      Membanyakkan emas –beli hari ini, kutip pada masa depan sangat menguntungkan dengan system rahnu berlapis
c)        Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas (menjadi agen)
d)      Simpan banyak-banyak. Stok biasanya  naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.
e)      Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah
f)       Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.
g)      Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.
h)      Kalau nak beli kereta atau tanah sebagai contoh , kalau ada RM 100,000 belikan emas, pajakkan dan dapat RM65,000 tunai dan bayar kereta/tanah tersebut secara tunai.(loket emas AG boleh dipajakkan di Bank Rakyat sek 9 Shah Alam hingga rm150 k)
i)        Sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, samada untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.
j)        Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.
k)      Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu  sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!
jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.

jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis. Seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, risikonya telah diminimakan oleh emas!!!
l)        pelaburan hartanah juga berisiko
Contoh  jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat-syarikat bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!
Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

1 ulasan:

  1. saya xbsetuju pdgan diatas.saya pembeli emas amsyiq pada tahun 2012 dgn kadar pembeliaan 1dinar 999 rm867..sbyak 10k...skg 2014..dgan kadar 1 dinar 999 rm600-rm699.saya tggu xpnah naik..nk jual nati rugi byak..cuba bg penjelasan

    BalasPadam



TV9