| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 17 April 2009

CARA MENDAPATKAN IMAN

Cara mendapatkan iman

Kita hanya bersungguh-sungguh mendapatkan wang,harta dan pangkat, tetapi lupa untuk mencari iman.

Cara untuk mencari dan meningkatkan iman ialah:
1. Melawan hawa nafsu.
Melawan hawa nafsu dengan cara:
a) Takhalli- melawan dan membuang semua kehendak nafsu yang rendah

b) Mempertingkatkan peringkat nafsu dari; Anarah ke Lauwamah, ke Mulhamah , ke Mutmainnah, ke Radhiah, ke Mardhiah sehinggalah ke peringkat Nafsu Kamilah.

c) Membuang sifat-sifat Mazmumah iaitu:
1. Sum’ah
2. Riya’
3. U’jub
4. Takabbur
5. Sombong
6. Hasad dengki
7. Marah
8. Dendam
9. Bakhil
10. Penakut
11. Cinta dunia
12. Gila Pangkat
13. Gila
14. Harta
15. Banyak cakap
16. Banyak makan
17. Mengumpat dan sebagainya.

d) Tahalli
Iaitu menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Diantara sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah:
1. Jujur
2. Ikhlas
3. Tawadhuk
4. Amanah
5. Taubat
6. Sangka baik
7. Takutkan Allah
8. Pemaaf
9. Pemurah
10. Syukur
11. Zuhud
12. Tolak ansur
13. Redha
14. Sabar
15. Rajin
16. Berani
17. Lapang dada
18. Lemah lembut
19. Kasih sesame makhluk
20. Selalu ingat mati
21. Tawakal

e) Tajalli
Tajalli ialah sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.
-Tajalli ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia
-Ingatan dan rindu penuh tertuju kepada Allah.
1. Sembahyang Sunat.
2. Zikrullah.
3. Tilawah Al Quran.
4. Berdoa.
5. Bermuzakarah
6. Bertahlil
7. Tafakkur.

Rujuk buku penulis "Siri Motivasi Qurani -Hidup Di Bawah Lembayung RahmatMu- Fokus Dewasa".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9