| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 17 April 2009

PENYEMBUHAN AIR ZAM-ZAM

Perkara pertama-Kelebihan air zam-zam.

a. Melalui Al Quran menjelaskan:
1. Air zam-zam buah yang pertama diterima oleh nabi Ibrahim a.s.
Doa nabi Ibrahim dalama Quran bedmaksud: “kurniakanlah mereka (zuriat-zuriatku) daripada buah-buahan”.
2. Termasuk tanda kekuasaan Allah yang nyata di Baitullah alHaram.
3. Termasuk beberapa manfaat yang dapat disaksikan ketika melaksanakan haji.

B. Melalui as Sunnah menerangkan:
1. “Air Zam-zam itu bergantung niat peminumnya”.
2. “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam. Di dalamnya terkandung makanan yang mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit”.
3. Hati nabi dicuci dengan air Zam-zam dua kali, iaitu ketika baginda berusia empat tahun dan pada malam Mi’raj.
4. Air Zam-zam yang berkat lagi diberkati. “Nabi s.a.w mendatangi perigi Zam-zam, kemudian berkata ‘berikanlah aku satu timba’ lalu baginda minum daripadanya kemudian berkumur-kumur dan meludah ditimba itu, setelah itu baginda memerintahkan agar air yang ada dalam timba itu dituangkan kedalam timba”.
5-Nabi s.a.w minum air Zam-zam dengan banyak.
Dari Ibn Abbas berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w berada ditempat air Zam-zam .Lalu baginda meminta satu timba. Maka diambilkan untuk baginda dari perigi. Kemudian baginda membaca Bismillah, lalu membungkuk sekian lama lalu mengangkatnya dan mengucapkan Alhamdulullah. Begitulah baginda lakukan tiga kali, lalu mengangkat kepalanya dan berkata Alhamdulillah kemudian bersabda bermaksud: ‘Tanda perbezaan antara kita dengan orang munafiq adalah mereka tidak minum Zam-zam sampai banyak (hingga kenyang dan puas)’’.

Manfaat Tadhallu’ ( minum hingga kenyang dengan air Zam-zam).

a. Ibn Abbas berkata: “Tidaklah seseorang minum air Zam-zam sehingga kenyang melainkan Allah hilangkan penyakit dari perutnya, sesiapa yang minum kerana kehausan maka akan hilang hausnya, dan sesiapa yang minum kerana lapar maka akan kenyang”.
b. Tadhallu’ dengan air Zam-zam termasuk tanda iman.

Perkara kedua- Keistimewaan khusus air Zam-zam.

1. Air Zam-zam adalah air terbaik di muka bumi.
2. Zam-zam adalah hentakan kaki Jibril di mukabumi.
“Jibril memukulkan sayapnya di bumi,lalu muncullah air Zam-zam, air yang berkat, tempat yang paling mulia di bumi, dekat rumah Allah yang suci untuk seorang pemimpin yang diberkati pula iaitu Ismail a.s.”
3. Air Zam-zam merupakan air yang paling utama dan paling mulia.
4. Air Zam-zam melebihi semua air di bumi dari segi perubatan dan syarak.
5. Air Zam-zam bebas dari segala bacteria yang dapat mencemarkan.
6. Dapat disimpan selama bertahun-tahun tanpa rusak.
7. Air Zam-zam tetap ada selama-lamanya,InsyaAllah. Dalam riwayat al ‘Amri dalam Masalik Al Abshar disebutkan:’Seorang kulit hitam terjatuh di perigi Zam- zam. Lalu perigi itu ditimba kerana kejadian itu. Ternyata mereka mendapati bahawa airnya memancar dari tiga mata air dimana yang paling kuat adalah yang berasal dari arah Hajar Aswad”.
8. Air Zam-zam tidak rusak kerana dia untuk minuman tetamu-tetamu Allah. Al Fakihi meriwayatkan dalam kisah Hajar menahan Zam-zam agar airnya tidak pergi kemana-mana malaikat JIbril berkata: ‘Janganlah engkau khuatir penduduk lembah ini kehauasan, kerana air Zam-zam merupakan mata air yang diminum oleh tetamu-tetamu Allah’.
9. Semua air akan meresap ke dalam tanah (akan kering) sebelum hari kiamat kecuali air Zam-zam. Diriwayatkan dari Dhahak bin Muzahim, bahawa ia berkata: “Sesungguhnya Allah mengangkat air-air tawar sebelum hari kiamat, dan semua air akan kering kecuali air Zam-zam.

Perkara ketiga-Keutamaan air Zam-zam.

1. Air Zam-zam termasuk mata air syurga. Al Fakihi meriwayatkan dari Abdah binti Khalid b.Ma’dam dan daribapanya ia berkata: “Sesungguhnya dikatakan orang bahawa air Zam-zam dan air Salwan yang berada di BaitulMaqdis berasal dari syurga.
2. Air Zam-zam lebih utama daripada al Kauthar. Alas dan menurut Syaikhul Islam Sirajuddin al Bulqini kerana dada nabi dibersihkan dengan air Zam-zam dan dada baginda tidak akan dicuci kecuali dengan air yang paling utama”
3. Memanadang air Zam-zam adalah ibadah dan dapat menghapuskan dosa. Menurut Fakihi : Rasulullah bersabda: Lima perkara termasuk ibadah: memandang mashaf, memandang Ka’bah memandang ibu bapa, memandang air Zam-zam, dan memandang orang alim.
4. Minum air Zam-zam terampun dosa.
5. Memberi minum air Zam-zam merupakan amal solih.
6. Keutamaan air Zam-zam disebut dalam kitab-kitab Ahli kitab.
7. Disisi ulamak ahli kitab air Zam-zam lebih disukai daripada emas.


Perkara keempat-keistimewaan Zam-zam .

a. Keistimewaan lain.

1. Air Zam-zam mengenyangkan.
2. Air Zam-zam menghilangkan rasa lapar.
3. Air Zam-zam minuman Hajar danputeranya Ismail
4. Air Zam-zam adalahmakanan nabi s.a.w.
5. Air Zam-zamadalah makanan Abu Zar selama 30 hari.
6. Air Zam-zam-zam makanan yang memberikan kekuatan kepada tubuh badan.
7. Air Zam-zam adalah makanan untukanak-anak.
8. Air Zam-zamadalah sebaik-baik bantuan untuk keluarga.

b. Air Zam-zam adalah penyembuh penyakit.

1. Minum air zam-zam sehungga kenyang.
2. minum air Zam-zam disertai menyiramkannya ke kepala dan badan.
3. Minum air Zam-zam dengan mengusap tangan dan wajah.
4. Membaca surah al Fatihah atau surah lain dariAl Quran atau ayat-ayat Syifa’ di atas air Zam-zam kemudian meminumnya.


c. Syarat-syarat mencari penyembuh dengan air zam-zam.

1. Keyakinan mutlak bahawa Allah lah yang menyembuhkan.
2. Membenarkan hadis-hadis nabi s.aw mengenaiair Zam-zam.
3. Tidak meminumnya untuk sekadarmencubanya.
4. menjauhkan diri dari segala sesuatu yang menghalang terkabulnya doa.

d. Penyakit yang boleh disembuhkan .
Diantara penyakit yang boleh disembuhkan berdasarkan pengalaman dan pengakuan orang terdahulu salaf dan (orang kini) khalaf.

1. Demam.
2. Sakit kepala.
3. lemah penglihatan.
4. kelu dan gagap dalam berbicara.
5. bisul besar di perut.
6. busung air.
7. bisul dikelopak mata.
8. lumpuh sebelah.
9. jarum tersangkut ditengkorak.
10. penyakit perut.
11. penyakit batin.
12. kencing tak lawas.
13. sakit gigi .
14. kanser.

Rujuk buku saya "Penyembuhan Qurani tehadap penyakit Rohani dan Jasmani".

(Untuk mendapatkan air zam-zam yang telah dibacakan doa-doa penyembuh hubungi isteri penulis 0126669362)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9