Ceramah saya di surau al Furqan, fasa 2, puncak alam. Kuala Selangor.
dalam kursus "pengurusan jenazah"
PENGURUSAN JENAZAH.
. 1. ADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT.
i. Mendoakannya dengan doa tujuh kali :-
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَن يَّشْفِيكَ.
ii. Tidak bertengkar dan membuat bising dihadapannya.
iii. Menasihatinya supaya banyak bertaubat dan mengingati Allah w.t.
2. HAL-HAL YANG DIANJURKAN MENGHADAPI ORANG SAKRATUL MAUT.
i. Membaringkannya dengan mengarahkan lambung kanannya ke arah kiblat. Jika boleh seperti kedudukan mayat didalam kubur.
عن أبى هريره رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عَنِ الْبَيْتِ الحْرَامَ قِبْلَتكُمْ أَحْيَاءٌ وَأَمْوَاتاً.رواه ابو داود.
Dari Abu Hurairah r.a, berkata Nabi SAW berbicara tentang Baitullah, katanya: “al-Haram (Baitullah) adalah kiblat kamu baik ketika hidup maupun setelah mati.” (HR Abu Daud).
Jika tidak boleh, baringkanlah dengan cara menelentang dan dadanya mengarah ke kiblat kerana kedudukan yang demikian memudahkannya menghembuskan nafas terakhir.
ii. Talqin – iaitu mengajar mengucap :-
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ لاَإِلهَ إِلاَّ الله دَخَلَ الْجَنَّةَ . رواه ابن حبان
Dari Mu’az ibn Jabal r.a., berkata: Rasulullah berkata: “ Siapa yang akhir kalamnya (Ucapannya) kalimat La ilaha illallah, ia akan masuk syurga.”
( HR. Ibn Hibban)
· Hukum mengajarkannya sunat bagi yang belum mengucapkannya.
· Kalimat yang diajarkan menurut jumhur ialah لااله إلا الله tanpa kalimah kedua.
iii. Talqin dalam kubur.
· Menurut Ulama Ahli Sunnah dianjurkan kerana seseorang akan ditanya oleh malaikat didalam kuburnya.
· Menurut Ulama Hanafi – tidak dilakukan kepada yang benar-benar meninggal dunia atau mati apatah lagi didalam kubur.
iv. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
· Dengan harapan ia dapat menghembuskan nafasnya dengan tenang.
· Ayat yang dibaca – Suran Yassin.
· Menurut Jumhur – menyukainya.
· Malikiyyah tidak menyetujuinya jika dilakukan dengan suara yang keras.
· Hujah Jumhur :-
عَنْ مَعْقَلِ بْنِ يَسَارٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ يس قَلْبُ الْقُرْآنِ لاَ يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيْدُ الله والدَّارَ الآخِرَةِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُ وَاقْرَؤُوْهَا عَلىَ مَوْتَاكُمْ . رواه أحمد والنسائى والحاكم وابن حبان
Dari Ma’qal ibn Yasar r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Yasin adalah jiwanya Al-Qur’an. Orang yang membacanya dengan mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat akan diampuni dosanya. Dan bacakanlah surah Yasin itu terhadap mayat kamu.”
(HR Ahmad, al-Nasa’I, al-Hakim dan Ibn Hibban)
v. Minuman
· Sediakan minuman dan berilah ia minuman jika ia dahaga ketika nazak.
vi. Bersugi.
· Sunat disugikan giginya dengan kapas semoga memudahkan keluar rohnya dari jasad.
vii. Tanda-tanda hampir mati :-
· Seluruh sendinya renggang.
· Hidungnya jatuh.
· Tapak kakinya lurus. ( menurun )
· Keningnya lengkuk.
· Mukanya jernih berkilat.
3. APABILA TELAH YAKIN MATI.
i. Menutup atau memejamkan kedua matanya apabila telah yakin kematiannya.
أَنَّ النبي صلى الله غليه وسلم دَخَلَ عَلىَ أَبِى سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الرُّوْحَ إِذَا قَبِضَ تَبَعَ البَصَرَ. رواه مسلم
Ketika Nabi SAW menziarahi Abi Salamah yang telah wafat, melihat matanya dalam keadaan terbuka, lalu beliau memejamkannya. Setelah itu ia berkata: “Sesungguhnya jika roh itu pergi, maka matanya mengikut untuk menyaksikannya.”
(HR Muslim)
ii. Menutupi sekujur tubuhnya.
· Hal ini agar tidak timbul fitnah dari orang yang menjenguk.
· Sebab setelah roh pergi, jasadnya berubah menimbulkan pemikiran negatif.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم حِيْنَ تُوُفِّىَ سُجِنَ بِبُرْدِ حِبْرِهِ. رواه البخارى
Dari ‘Aisyah r.a., sesungguhnya Nabi SAW ketika diwafatkan, jasadnya ditutupi dengan kain sepesial penutup. (HR al-Bukhari).
iii. Lembutkan setiap sendinya.
iv. Mengikat dagunya ke kepalanya supaya mulutnya tidak ternganga.
v. Hendaklah diletakkan mayat itu ditempat yang agak tinggi sedikit seperti katil.
vi. Meletakkan kedua-dua tangannya, ke atas dada seperti dalam solat dan sebaik-baiknya diikat dengan kain.
vii. Hendaklah meletakkan sesuatu benda yang beratnya lebih kurang ½ kilo supaya perutnya tidak kembung dan memudahkan keluar najis ketika memandikannya.
viii. Hendaklah dibakar setanggi / gaharu / kemenyan untuk menjauhkan serangga.
ix. Hendaklah keluarga si mati segera menjelaskan hutang si mati atau menanggung hutangnya.
x. Harus mencium mayat.
4. MEMANDIKAN MAYAT.
i. Jumhur ulamak mengatakan hukumnya fardhu kifayah :-
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ أَغْسِلُوْا بِمَاءِ وَسِدْرٍ وَكَفَنُوْهُ فِى ثَوْبَيْهِ. متفق عليه
Dari ibn Abbas r.a., sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Mandikanlah mayat itu dengan air dan bidara, dan kapanilah ia dengan kedua pakaiannya.” (HR Muttafaq ‘alaih).
ii. Jika seorang muslim meninggal kerana kecelakaan mengakibatkan tubuhnya terpisah-pisah menurut Syafie :-
Wajib memandikan bahagian yang diperolehi walaupun sedikit.
iii. Menurut Hambali dan Maliki :- Jika bahagian yang ditemukan itu lebih banyak dari yang hilang cukup memandikan yang ditemukan.
iv. Orang yang mati syahid melawan orang musyrik menurut Jumhur. Termasuk Syafie tidak wajib memandikannya, kerana mereka menemui Allah dengan segala luka dan darah yang ada pada tubuh mereka :-
عن جابر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قَالَ لاَ تَغْسِلُوْهُمْ قَالَ فَإِنَّ لِكُلِّ جَرْحِ أَوْ دَمٍ يُنَوِّحُ مِسْكًا يَوْمَ القِيَامَةِ. رواه أحمد
Dari Jabir r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: “ Janganlah mandikan mereka ( yang mati dalam peperangan ) kerana sesungguhnya setiap luka atau darah yang ada pada badan mereka akan menjadi minyak kasturi di hari kiamat.” (HR Ahmad)
5. ORANG YANG BERHAK MEMANDIKAN MAYAT.
i. Asalnya yang memandikan mayat lelaki ialah lelaki dan yang memandikan mayat perempuan ialah perempuan.
6. HUKUM SUAMI MEMANDIKAN MAYAT ISTERI DAN ISTERI MEMANDIKAN MAYAT SUAMI.
i. Jumhur Fiqh berpendapat boleh memandikannya dengan syarat perkahwinan mereka tidak terputus sehingga salah seorang meninggal dunia.
ii. Namun mereka tidak boleh memandikan dengan tangan telanjang dan tidak boleh memandang bahagian yang terlarang dari si mayat :-
عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ماضَرَّكِ لَوْمُتِّ قَبْلِى فَغَسَلْتُكِ وَكَفَنْتُكِ ثُمَّ صَلَّيْتُ عليكِ وَدَفَنْتُكِ. رواه أحمد وابن ماجه
Dari ‘Aisyah r.a., Rasulullah SAW berkata: “Tidak ada apa-apa buatmu ( hai ‘Aisyah ) jika engkau lebih dulu wafat dari ku, lalu aku memandikan dan mengapanimu dan kemudian aku mensolatkan dan menguburkanmu.” (HR Ahmad dan Ibn Majah)
iii. Hanabilah berpendapat :- suami tidak boleh memandikan mayat isteri kerana hubungan perkahwinan keduanya telah berakhir dengan kematian isterinya.
iv. Jika tiada orang lain suaminya hanya boleh mentayamumkan sahaja mayat si isteri.
v. Jika si suami meninggal dunia dahulu daripada isteri – maka boleh isteri memandikannya kerana status isteri masih berlangsung selama ia dalam Iddah wafat.
7. MANDI BAGI MAYAT LELAKI.
i. Yang aula memandikan ialah :-
· Bapa / Nenek.
· Anak / Cucu.
· Adik-beradik / Anak Saudara.
· Bapa Kandung / Sepupu.
ii. Jika di antara mereka ada yang lebih mengetahui maka mereka tersebut adalah diutamakan dari yang lebih dekat nasabnya disebabkan tujuan memandikan agar terlaksananya hukum syarak atas mayat tersebut.
iii. Jika ‘Asabah’ tidak diperolehi atau mereka tidak tahu maka ( Syafie dan Hanabilah ) mengutamakan isterinya dari yang lain.
iv. Jika isteri berhalangan pula menurut ( Malikiyyah ) :- diserahkan pula urusan tersebut kepada mahramnya seperti Ibu, Anak, Saudari kandung dan Emak saudara.
v. Jika perempuan tiada mahramnya maka bolehlah perempuan yang ajnabiyyah melaksanakan mandian mayat tersebut secara tayammum.
8. MANDI BAGI MAYAT PEREMPUAN.
i. Menurut Syafie dan Hanabilah yang lebih aula ialah kerabat yang mahramnya iaitu :-
· Ibu / Anak Perempuan.
· Saudari kandung / Puteri saudara.
· Puteri saudara / Emak saudara.
ii. Jika mereka tiada, mandian hendaklah dilaksanakan oleh “ zawil arham “ seperti puteri dari pakcik.
iii. Jika tiada pula, maka hal tersebut bolehlah dilaksanakan oleh perempuan ajnabi.
iv. Jika tiada pula maka ianya bolehlah dilaksanakan oleh si suami.
9. SYARAT ORANG YANG MEMANDIKAN.
i. Beragama Islam.
ii. Niat memandikan
عَنْ عُمَرَ رضِي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ إنما الأعمال بالنيات... رواه متفق عليه
Dari Umar r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niat…..(HR Muttafaq ‘alaih)
i dan ii –khilaf ulamak,
Jumhur-tidak mensunnahkan
iii. Berakal – ini disepakati oleh Ulamak.
iv. Di sunatkan memilih orang yang memandikan itu bagi mereka yang punya sifat amanah.
10. ALAT-ALAT PERSEDIAAN.
i. Ukur panjang mayat dengan tali dan berikan kepada penggali kubur.
ii. Kain putih panjang 13 ela dan lebar 45 “ / 60 “.
iii. Kapas dua gulung.
iv. Air mawar satu botol.
v. Cendana 2 buku.
vi. Kapur barus.
vii. Minyak Athar satu botol.
viii. Piring atau dulang 2 buah.
ix. Gunting.
x. Sehelai tikar.
xi. Sabun.
xii. Kain sugi.
xiii. Sarung tangan.
xiv. Kain telekong.
xv. Serban.
11. PERSEDIAAN MEMANDIKAN.
i. Bekas air seperti baldi atau sebagainya yang muat 2 atau 3 gelen air.
· Bekas pertama berisi air mutlak.
· Bekas kedua berisi air bidara / mawar.
· Bekas ketiga berisi air kapur barus.
ii. Sediakan sarung tangan dua atau tiga helai untuk penggosok badan, gigi dan kuku mayat.
iii. Sediakan kain menutup mayat seelok-eloknya berwarna gelap atau kain kuning.
iv. Tempat mayat hendaklah dibilik yang tertutup supaya tidak dilihat oleh orang yang tidak berkenaan.
v. Hendaklah dibaringkan mayat atas kepingan papan yang lebar yang letaknya agak tinggi seperti meja supaya tidak kena percikan air.
vi. Sebelum atau setelah mayat itu dimandikan hendaklah di wudhu’kan.
12. CARA MEMANDIKAN MAYAT.
i. Seelok-eloknya 3 orang bertugas memandikan mayat.
ii. Tutup jenazah dengan kain basahan.( yang baru )
iii. Tangan kanan orang yang memandikan menahan sebelah tengkuk dengan tangan kiri mengurut perut mayat.
iv. Gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan kotoran dengan menekan perutnya perlahan-lahan.
v. Ketika membersihkan hendaklah terus dialirkan air dari kepala hingga ke kaki
perlahan-lahan.
vi. Cungkil qubul mayat perempuan, kalau lelaki memadai urut sahaja untuk mengeluarkan najis.
vii. Wajib menyampaikan air sampai ke bawah kulup kalau boleh dibukakan, kalau tidak boleh menurut ulamak mutaqaddimin memadailah memandi dan disembahyangkan tanpa ditayammumkan tetapi menurut Ibn Hajar jika sukar membuka kulupnya hendaklah ditayammumkan.
viii. Cungkil dubur untuk mengeluarkan najis yang ada sehingga habis. Gunakan sarung tangan yang digunakan.
ix. Bila ain najis dikeluarkan basuhlah dengan air sabun diikuti dengan air mutlak.
x. Selesai dibersihkan hendaklah di mandikan dengan memulakan niat lafaz, niatnya ialah :-
( نَوَيْتُ الْغُسْلَ الوَاجِبَ لِهَذَا المْيِّتَ لله تعالى )
Sahaja aku memandikan yang wajib bagi mayat ini kerana Allah.
xi. Sunat dibersihkan lubang hidung dan gigi serta gosoklah pada semua lubang si mayat perlahan-lahan.
xii. Dalam mulut pastikan disugi kawasan bawah lidah, mulut kanan atas dan bawah dan mulut kiri atas dan bawah.
xiii. Mengalirkan air dengan memulakan bahagian kanan dari kepala ke kaki kemudian dialirkan air pula di bahagian kiri dari kepala ke kaki.
xiv. Seterusnya membersihkan dengan air sabun dan akhirnya digunakan air bersih yang bercampur wangi-wangian.
xv. Memandikan jenazah sebaiknya tiga kali atau lebih sehingga diyakini bersih:-
عَنْ أُمِّ عَطِيِّةَ قَالَتْ دَخَلَ علينا النبي صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَغْسِلُ ابْنَتَهُ فَقَالَ إِغْسِلَنْهَا ثَلاَثاً أَوْ خَمْسًا أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَأَجْعِلَنَّ فِى الآخِرَةِ كَافُوْرًا أَوْ شَيْئًا مِنْ كَافُوْر. متفق عليه
Dari Ummi ‘Athiyah, ia berkata: Nabi SAW mendatangi kami, ketika kami sedang memandikan jenazah puterinya, ketika itu beliau berkata: “ Mandikanlah dia tiga atau lima kali atau jika dipandang perlu, lebih dari itu, dengan air dan daun bidara, dan basuhlah yang terakhir dengan air yang bercampur dengan kapur barus atau dari wangi-wangian yang sebangsa kapur barus.” (HR Muttafaq ‘alaih)
xvi. Mewudhu’kan mayat kalau belum diwudhu’kan :-
نَوَيْتُ الوُضُوءَ المَسْنُوَنَ لِهَذَا المَيِّتِ لِلَّهِ تَعَالَى
( Sahaja aku wudhu’kan sunat pada mayat ini kerana Allah Ta’ala ).
xvii. Selesaikan mandi tubuh jenazah hendaklah dilap dengan tuala halus dan ditutup kembali badannya dan dipindahkan ke kain kafan.
xviii. Mandi sembilan – Disunatkan untuk mewangikan mayat dengan 3 jenis air :-
· Jiruskan air biasa 3 kali.
· Jiruskan air mawar / bidara 3 kali.
· Jiruskan air kapur barus 3 kali.
13. MENGKAFANKAN JENAZAH.
i. Hukumnya Fardhu Kifayah :-
عن ابن عباس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ كَفَّنُوْا فِى ثَوْبَيْهِ. رواه الجماعة
Dari Ibn Abbas r.a., sesungguhnya Nabi SAW berkata: “Kapanilah dia ( orang yang mati ketika ihram ) dengan kedua pakaiannya.” (HR al-Jamaah)
· Dalam sebuah hadith dari Khubab r.a menceritakan Mus’ab bin Umair terbunuh dimana kain kafannya hanya dapat menutup bahagian atas tubuhnya lalu Rasulullah s.a.w menutup bahagian bawahnya dengan daun-daun kayu.
ii. Biaya mengafan.
· Diambil dari harta yang ditinggalkan setelah hutang dan wasiat dijelaskan dahulu.
· Jika wangnya habis maka menjadi kewajipan warisnya mengeluarkan belanja mengurus.
· Menurut ( Syafie dan Hanabilah ) suami berkewajipan menyediakan kain kafan isteri.
· Menurut Malikiyyah, suami tidak wajib disebabkan telah gugur hubungannya dengan kematian isteri.
· Jika tiada waris maka belanja pengurusan hendaklah diambil dari Baitulmal.
14. KETENTUAN KAFAN.
i. Sekurang-kurangnya satu lapis yang dapat menutup seluruh tubuh baik bagi jenazah lelaki mahupun perempuan.
ii. Warna kain kafan yang afdhal ialah warna putih :-
عن ابن عباس رضي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم قال الْبَسُوْا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيْضِ فَإِنَّهَا خَيْرَ ثِيَابِكُمْ وَكَفَّنُوْا فِيْهَا مَوْتَاكُمْ. رواه أحمد وأبو داود والترمذى
Dari Ibn Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah bersabda: “Pakailah pakaianmu yang putih kerana sesungguhnya yang putih itu merupakan pakaianmu yang terbaik, dan kapanilah mayat kamu dengan kain yang putih itu.” (HR Ahmad, Abu Daud, dan al-Turmizi)
iii. Maksimum kain kafan bagi jenazah lelaki ialah 3 lapis tanpa baju dan serban.
عَنْ عائشةَ رضي الله عنها كُفِّنَ رسول الله صلى الله عليه وسلم فِى ثَلاَثَةِ أَثْوَبٍ بَيْضٍ سُحُوْلِيِّةٍ مِنْ كَرْسَفٍ لَيْسَ قَمِيْصٌ وَلاَ عَمَامَةٌ. متفق عليه
Dari ‘Aisyah r.a, jenazah Rasulullah dikapani dengan tiga lapis kain putih yang bersih yang terbuat dari kapas, tidak memakai baju dan serban. (HR Muttafaq ‘alaih)
iv. Maksimum kain kafan bagi jenazah perempuan ialah 5 lapis yang terdiri dari selendang / baju / kain sarung dan 2 lapis kain pembungkus bagi seluruh tubuh jenazah.
عن لَيْلَى بِنْتِ قَانِفٍ قَالَتْ كُنْتُ فِيْمَنْ غَسَّلَ أُمَّ كَلْثُوْمٍ بِنْتِ رسول الله صلى الله عليه وسلم عِنْدَ وَفَاتِهِ وَكَانَ أَوَّلُ مَا أَعْطَاناَ رسول الله صلى الله عليه وسلم الحِقَاءَ ثُمَّ الدَّرْعَ ثُمَّ الحِمَارَ ثُمَّ الْمَلْحَقَةَ ثُمَّ أَدْرَجْتُ بَعْدَ ذَلِكَ فِى الثَّوْبِ الأَخَرِ قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عِنْدَ الْبَابِ وَمَعَهُ كَفْنُهَا يُنَاوِلُهَا ثَوْبًا ثَوْبًا. رواه أبو داود وأحمد
Dari Laila binti Qanif, ia berkata: “Aku berada ditengah-tengah orang yang sedang memandikan Ummi Kaltsum, puteri Rasulullah SAW ketika wafatnya, dan yang pertama diberikan Rasulullah kepada kami adalah kain sarung, baju, selendang, dan kemudian selimut. Selanjutnya jenazahnya dimasukkan ke dalam kain yang lain, sedangkan Rasul SAW, ketika itu, berada di pintu dan kain-kain kapan tersebut bersamanya, lalu kami mengambil satu persatu.” (HR Abu Daud dan Ahmad).
15. CARA MENGAFAN JENAZAH.
i. Membentangkan tali pengikat sebanyak 5 helai pada arah kepala / dada / punggung / lutut / dan tumit.
ii. Membentangkan kain kafan dan ditaburi dengan wangi-wangian.
iii. Setelah itu secara perlahan-lahan mayat diletakkan di atas kain tersebut.
iv. Tutupkan pada anggota sujud dengan kapas.
v. Pakaikan bajunya dan serban jika lelaki. Jika perempuan pakaikan tudung.
vi. Selanjutnya menyelimutkan kain kafan yang dimulai dari kafan sebelah kanan paling atas kemudian di ikuti kain sebelah kiri paling atas dan selanjutnya dengan lembaran berikutnya.
vii. Jika semua kain kafan telah disiapkan barulah ianya di ikat kemas.
viii. Tinggalkan bahagian muka untuk dipanggil keluarga si mati untuk melihat kali terakhir. Kemudian barulah ditutup dan diikat.
16. JIKA MAYAT PEREMPUAN.
i. Tali pengikat disediakan dibawah jasad.
ii. Lembaran kain pertama direntang sebelah bawah sebagai pembungkus seluruh tubuh.
· Lembaran kain kedua dibentang sebelah kepala sebagai tudung.
· Lembaran kain ketiga dibentang dari bahu ke pinggang sebagai baju kurung.
· Lembaran kain keempat dibentang dari pinggang ke kaki sebagai kain sarung.
· Lembaran kelima dibentang pada bahagian punggung sebagai Rok.
17. CARA MEMBUNGKUS KAIN KAFAN KE TUBUH JENAZAH PEREMPUAN.
· Pertama memakaikan kain ke lima dibahagian punggung.
· Kedua : memakaikan kain ke empat dibahagian kain sarung.
· Ketiga : memakaikan kain ke tiga sebagai baju kurung.
· Keempat : memakaikan kain ke dua sebagai tudung.
· Ke Lima : membungkus kain pertama dengan menemukan dua bahagian tepi kain tersebut dibahagian kiri dan kanan kemudian menggulungkan ke arah kanan dan bahagian dalam.
· Kemudiannya ikatkan tali –tali yang disediakan dibahagian jenazah dengan kemas.
i. Jika tidak mencukupi lima lapis kain maka bersepakat ulamak dengan menggunakan selapis kain sahaja.
ii. Kain yang digunakan sebagai kafan hendaklah yang sederhana sahaja.
عن علي رضي الله عنه قال سَمِعْتُ النبي صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ لاَتَغَالُوْا فِى الْكَفْنِ فَإِنَّهُ يَسْلُبُ سَرِيْعًا. رواه أبو داود
Dari Ali r.a, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu jadikan kapan kain yang mahal harganya, kerana sebentar sahaja kain itu akan hancur.” (HR Abu Daud).
18. MENSOLATKAN JENAZAH.
i. Hukumnya Fardhu Kifayah
عن أبى هريرة رضي الله عنه أنه سَمِعَ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول مَنْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ مِنْ بَيْتِهَا وَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ تَبَعَهَا حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيْرَاطَانِ مِنْ أَجْرٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ كَانَ لَهُ مِثْلُ أُحُدٍ. رواه مسلم
Dari Abi Hurairah ra., bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata: “Siapa yang keluar bersama jenazah dari rumahnya, kemudian ia ikut mensolatkan dan mengiringinya sampai ke pemakaman untuk memakamkan, baginya pahala sebesar dua bukit. Dan siapa yang ikut mensolatkannya kemudian ia pulang ke rumahnya (tidak ikut ke pemakaman), baginya pahala sebesar gunung Uhud.” (HR Muslim).
ii. Solat jenazah dianjurkan dilakukan secara berjamaah.
· Jika yang hadir sendirian wajib dilakukan secara bersendirian.
19. ORANG YANG LEBIH UTAMA MENJADI IMAM SOLAT JENAZAH.
i. Menurut Syafie – walinya lebih utama dari penguasa walaupun si mayat mewasiatkan kepada penguasa atau orang lain.
ii. Wasiat tidak dapat menggugurkan hak tersebut.
iii. Oleh kerana solat jenazah adalah doa maka doa adalah lebih makbul dengan ikhlas dan penuh harapan. Hal ini lebih banyak diperolehi dari walinya.
iv. Wali yang lebih utama adalah yang lebih dekat kekerabatannya dengan si mayat.
v. Namun mengikut Hanafiyyah – pihak penguasa lebih utama atau wakilnya.
vi. Mengikut Malikiyyah dan Hanabilah lebih utama orang yang mendapat wasiat sekiranya tidak ada wasiat maka walinya adalah diutamakan kemudian barulah mengikut urutan kekeluargaan yang terdekat.
20. SYARAT SAH SOLAT JENAZAH.
i. Disyaratkan seperti solat wajib :-
· Menutup aurat.
· Suci dari hadas kecil / hadas besar.
· Suci badan / tempat / pakaian.
· Mengadap kiblat.
ii. Jenazah yang akan disolatkan lebih dahulu dimandikan dan dikafankan bagi yang wajib dimandikan dan dikafankan.
iii. Meletakkan jenazah di sebelah kiblat orang yang menyembahyangkannya.
21. RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH.
i. Rukun sembahyang jenazah ada tujuh perkara:
- Niat seperti:
أُصَلِّى عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ الْحَاضِرَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى.
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang atas mayat yang hadir fardhu kifayah empat takbir kerana Allah Taala.”
- Berdiri bagi orang yang ada kuasa berdiri.
- Takbir empat kali ( termasuk takbiratulihram ).
- Membaca fatihah ( seelok-eloknya selepas takbir yang pertama ).
- Selawat ke atas Nabi s.a.w. ( selepas takbir yang kedua ).
Sekurang-kurangnya:
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Seelok-elo knya:
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
ii. Mendoakan mayat (selepas takbir yang ketiga).
Sekurang-kurangnya:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Seelok-eloknya:
اَللَّهَمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَأَغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ
الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ.
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِمْ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
iii. Jika mayat itu kanak-kanak lelaki hendaklah ditambah:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا سَلَفًا وَفَرَطًا وَأَجْرًا
iv. Jika mayat itu perempuan sekurang-kurangnya doa:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Seelok-eloknya:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاَغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى
الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَاَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ وَاَعِذَهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِه وَمِنْ عَذَابِ النَّار.
v. Jika mayat itu kanak-kanak perempuan hendaklah ditambah:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا لَنَا سَلَفًا وَفَرَطًا وَأَجْرًا.
Selepas takbir keempat hendaklah membaca doa lagi ke atas mayat.
vi. Jika mayat itu lelaki sekurang-kurangnya:
اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَتَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ
Yang seelok-eloknya:
اَللَّهُمَّ لاَتَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاعْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَائِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيْمٌ
vii. Jika mayat itu kanak-kanak perempuan hendaklah ditambah:
اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدهَا وَاغْفِرْلَنَا وَلَهَا.
Yang seelok-eloknya:
اَللَّهُمَّ لاَتَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَتَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْلَنَا وَلَهَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَتَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيْمٌ.
viii. Memberi salam ( selepas membaca doa selepas takbir yang keempat ).
ix. Selepas selesai salam hendaklah dibaca pula doa ini ( jika berjamaah Imam sahaja membacanya ).
x. Jika mayat itu lelaki:
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةَ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّة اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبُّهُ وَأَنْتَ خَلَقْتَهُ وَأَنْتَ هَدَيْتَهُ لِلإِسْلاَمِ وَأَنْتَ قَبَضْتَ رُوْحَهُ وَأَنْتَ أَعْلَمُ بِسِرِّهِ وَعَلاَنِيَّتِهِ وَقَدْ جِئنَاكَ رَاغِبِيْنَ شُفَعَاءلَهُ فَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
xi. Jika mayat itu perempuan doanya:
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبُّهَا وَأَنْتَ خَلَقْتَهَا وَأَنْتَ هَدَيْتَهَا لِلإِسْلاَمِ وَأَنْتَ قَبَضْتَ رُوْحَهَا وَأَنْتَ أَعْلَمُ بِسِرِّهَا وَعَلاَنِيَّتِهَا، وَقَدْ جِئنَاكَ رَاغِبِيْنَ شُفَعَاءً لَهَا فَاغْفِرْلَنَا وَلَهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
xii. Jika mayat itu kanak-kanak lelaki doanya:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَ فَرَطًا لأَبَوَيْهِ وَسَلَفًاوَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيْعًا وَثَقَّلَ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَافْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوْبِهُمَا وَلاَ تَفْتِنَّهُمَا بَعْدَهُ وَلاَتَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيْرُنَا وَكَبِيْرُنَا وَذَكَرَنَا وَاُنْثَانَا. اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَاحْيِهِ عَلَى الإِسْلاَمِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الإِيْمَانِ اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ، وَصَلَّى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين.
Jika mayat itu kanak-kanak perempuan doanya:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَشْرَفِ المُرسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ آجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا فَرَطًا لأِ بَوَيْهَا وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَّةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيْعًا وَثَقَّلْ بِهَا مَوَازيْنَهُمَا وَافْرِغِ الصَبْرَ عَلَى قُلُوْبِهِمَا وَلاَ تَفْتِنَّهُمَا بَعْدَهَا وَلاَ تَحْرِمْهُمَا اَجْرَهَا. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِحَيَّنَا وَمَيَّتَنَا وَشَا هِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيْرِنَا وَكَبِيْرِنَا وَذَكَرِنَا وَأَنْتَانَا. اَللَّهُمَّ مَنْ اَحْيَيْتَهَا مِنَّا فَأَحْيِهَا عَلَى الاءِسْلاَمَ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهَا مِنَّا فَتَوَفَّهَا عَلَى الاِيْمَان.
xiii. Perkara-perkara sunat.
Sunat melakukan perkara berikut dalam menyembahyangkan mayat:-
a) Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala mayat lelaki dan berdiri bertentangan dengan pinggang mayat perempuan atau khunsa
b) Kepala mayat lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri Imam. Dan kepala mayat perempuan atau khunsa diletakkan disebelah kanan Imam.
c) Mayat itu hendaklah disembahyangkan di masjid.
d) Makmum hendaklah berbaris dalam tiga barisan ( saf ).
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يَمُوْتُ فَيُصَلِّى عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ يَبْلُغُوْنَ أَنْ يَكُوْنُوْا ثَلاَثَةَ صُفُوْفٍ إِلاَّغُفِرَلَهُ. رواه الخمسة الاالنسائى
Ertinya:
“Tidak seorang pun dari orang yang beriman yang mati lalu disembahyangkan oleh sekumpulan orang Islam sampai tiga saf (barisan) melainkan diampunkan dosanya oleh Allah.
- Mengangkat kedua belah tangan sewaktu keempat-empat takbir dan meletakkan tangan sebagaimana sembahyang biasa.
- Membaca ( أعوذبالله ) sebelum membaca fatihah.
- Memperlahankan ( tidak nyaring ) semua bacaan.
xiv. Lafaz iqamah sembahyang jenazah.
· Iqamah sembahyang jenazah lelaki dewasa ialah:-
الصَّلاَةَ جَامِعَةً، الصَّلاَةَ عَلَى الْمَيِّتِ الْحَاضِرِ، الصَّلاَةَ رَحِمَكُمُ الله.
· Iqamah jenazah kanak-kanak lelaki ialah:-
الصَّلاَةَ جَامِعَةً، الصَّلاَةَ عَلَى مَيِّتِ الطِّفْلِ الْحَاضِرِ، الصَّلاَةَ رَحِمَكُمُ الله.
· Iqamah jenazah perempuan ialah:-
الصَّلاَةَ جَامِعَةً، الصَّلاَةَ عَلَى مَيِّتَةِ الْحَضِرَةِ، الصَّلاَةَ رَحِمَكُمُ الله.
· Iqamah jenazah kanak-kanak perempuan ialah:-
الصَّلاَةَ جَامِعَةً، الصَّلاَةَ عَلَى مَيِّتَةِ الطِّفْلَةِ الْحَاضِرَة، الصَّلاَةَ رَحِمَكُمُ الله.
22. SOLAT GHAIB.
عن أبى هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم صَّلَى النَّجَاشِى فَكَبَّرَ عَلَيْهَ اَرْبَعًا. رواه متفق عليه
Dari Abi Hurairah ra., sesungguhnya Nabi SAW pernah solat atas jenazah raja Najjasyi lalu ia takbir empat kali. (HR Muttafaq ‘alaih).
i. Menurut Syafie dan Hanabilah – mereka membolehkan solat ghaib.
ii. Menurut Hanafiyyah dan Hanabilah – tidak membolehkan kerana hadis di atas bersifat khusus untuk Nabi s.a.w.
23. SOLAT JENAZAH DI RUMAH.
i. Bersepakat Ulamak membolehkannya.
24. SOLAT JENAZAH DI MASJID.
i. Menurut Syafie dan Hanabilah – dibolehkan bahkan dianjurkan.
عن عائشة قالت مَا صَلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم على سُهَيْلِ بْنِ البَيْضَاءِ إِلاَّ فِى جَوْفِ الْمَسْجِدِ وَصَلَّى عَلَى أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ فِى الْمَسْجِدِ. رواه مسلم
Dari Aisyah, ia berkata Rasulullah SAW tidak mensolatkan jenazah Suhail bin al-Baidha kecuali di dalam masjid. Dan beliau telah mensolatkan Abu Bakar dan Umar di dalam Masjid. (HR Muslim).
ii. Menurut Hanafi dan Maliki – mereka memandang makruh.
عن أبى هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَى مَيِّتٍ فِى الْمَسْجِدِ فَلاَ شَيْءَ لَهُ. رواه أبو داود وابن ماجه.
Dari Abi Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mensolatkan jenazah dalam masjid, maka dia tidak memperolehi apa-apa ( dari solat itu ). (HR Abu Daud dan Ibn Majah).
25. SOLAT TERHADAP SEJUMLAH JENAZAH.
i. Bersepakat ulamak membolehkan namun lebih baik dilaksanakan satu persatu bagi jenazah tersebut dengan dimulai dengan yang paling dihormati.
26. MENGUBURKAN JENAZAH.
i. Hukumnya Fardhu Kifayah :-
ثُمَّ اَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ. عبسى / 80 : 21
Kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur.
(QS. 80 : 21)
ii. Nabi s.a.w memerintahkan agar menyegerakannya
عن أبى هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُوْهَا إِلَيْهِ وَإِنْ تَكُ غَيْرَ ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضِعُوْنَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ. رواه متفق عليه
Dari Abi Hurairah ra., dari Nabi SAW beliau bersabda: “Uruslah jenazah itu sesegera mungkin, kerana jika ia saleh maka lebih baik kalian serahkan ia kepada kebaikannya, dan kalau ia tidak baik-baik, maka tidak baik kalian letakkan kejahatannya di atas pundaknya. (HR Muttafaq ‘alaih).
· Hikmahnya agar menjaga kemuliaan dan penghormatan anak Adam.
· Agar manusia yang hidup tidak terganggu oleh bau yang tidak baik dari jasad.
27. CARA MENGUBURKANNYA.
i. Kubur yang telah disiapkan.
ii. Dua orang turun ke dalam kubur untuk menyambut jenazah.
iii. Mereka yang mengusung jenazah yang di atas menurunkan mayat dengan memulai bahagian kaki dahulu.
iv. Orang yang lebih baik memasukkan jenazah ke dalam lubang kuburnya ialah kerabatnya yang terdekat, sekiranya tiada barulah diminta orang lain.
v. Jika mayat perempuan maka lebih utama yang menguburkannya adalah mahramnya.
vi. Mayat perempuan hendaklah di tutup di atasnya dengan kain dan sebagainya.
vii. Ketika mengangkat mayat hendaklah membaca :-
بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ
viii. Setelah meletak jenazah dalam liang kubur maka hendaklah dimiringkan tubuh jenazah menghadap ke kiblat.
ix. Hendaklah buka ikatan yang mengikat kafan mayat.
x. Buka kain kafan mayat pada muka mayat supaya mukanya tercecah ke tanah.
xi. Masukkan ke dalam kuburnya tiga kepal tanah.
xii. Kemudian mayat ditutup dengan papan pelindung selanjutnya ianya ditambun dengan tanah.
xiii. Tanah yang menimbunnya dianjurkan ditinggikan lebih kurang 20 cm dari tanah.
عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم رَفَعَ قَبْرَهُ عَنِ الأَرْضِ قَدْرَ شِبْرٍ. رواه الشافعى
Dari Jabir ra., diceritakan bahawa kubur Nabi SAW ditinggikan dari tanah sekadar satu jengkal. (HR al-Syafi’I).
xiv. Kubur hendaklah diberi tanda dengan batu nisan.
عن جعفر بن محمد عن أَبِيْهِ أن النبي صلى الله عليه وسلم وَضَعَ حَصْبَاءَ عَلَى قَبْرِ أَبِيْهِ إِبْرَهِيْمِ. رواه الشافعى.
Dari Ja’far bin Muhammad dari bapaknya, bahawa Nabi SAW meletakkan batu di atas kubur anaknya Ibrahim. (HR al-Syafi’i).
xv. Menyiram air di atas kubur.
عَنْ جَعْفَر بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيْهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ رَشَّ عَلَى قَبْرِ ابْنِهِ إِبْرَاهِيْمَ. رواه الشافعى
Ertinya:
Diriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad dari bapanya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w telah menyiram kubur anaknya Ibrahim.”
28. ZIARAH KUBUR.
i. Hukum ziarah kubur bagi orang lelaki :-
- Bersepakat ulamak pada membolehkannya.
عن عبدالله بن بريدة عن أبيه أن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ أَلاَ فَزُوْرُوْهَا. رواه أحمد ومسلم.
Dari Abdallah bin Buraidah, dari bapaknya, sesungguhnya Nabi SAW berkata: “Dulu aku melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kubur itu.” (HR Ahmad dan Muslim).
· Jumhur ulamak menyatakan sunat bagi lelaki untuk mengambil pelajaran.
ii. Hukum ziarah bagi orang perempuan :-
· Hukumnya makruh dibimbangi mereka akan bersedih meratap yang boleh membawa kepada perbuatan yang haram.
عن أبى هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لَعَنَ زَوَارَاتِ الْقُبُوْرِ. رواه الترمذى
Dari Abi Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur. (HR al-Turmizi).
iii. Hal-hal yang dianjurkan ketika berziarah.
· Membaca salam dengan mengadap wajah ke kubur dan membaca
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِيْنَ وَإِنَّا إِنْشَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ.
Kesejahteraan buat kalian penghuni kampung orang yang beriman, sesungguhnya kami, insya Allah, akan menyusul.
· Memperbanyakkan doa.
وَالَّذِيْنَ جآءُوْا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. الحشر / 59 : 10
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami…(QS. 59 : 10).
Dan yang lebih baik doa yang dibaca untuk semua penghuni kubur walaupun yang diziarahi satu atau dua kubur sahaja kerana doa untuk semua tidak mengurangkan manfaat terhadap arwah orang yang kita utamakan.
sedutan dari buku saya akademik imam, hak cipta terpelihara.
Print Page
Tiada ulasan:
Catat Ulasan