Aku menulis blog ini semasa dalam perjalanan balik dari Irbid ke Mu'tah. Tengahari tadi selepas solat Jumaat orang PERMATA datang ziarah ke rumah. Tak sangka mereka datang sebagai ziarah wada', siap bawa hadiah lagi. Itu yang menyebabkan terharu pagi-pagi ni untuk menulis blog ni.
A.M.T PERMATA
Menerima cenderahati (Jasamu Dikenang) daripada Presiden PERMATA, Amir
Lepas saje habis majlis, sejurus selepas solat Asar, terus ke Irbid menziarah Amal sambil memindahkan barang-barang ke sana. Rumah di Mu'tah ni perlu dikosongkan sebab Ahad ni nak berangkat ke Malaysia. Dah kali berapa aku tak ingat ulang alik macam ni. Sedar-sedar dah dua tahun setengah untuk menghabiskan sarjanaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan