| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 25 November 2010

DUIT, EMAS DAN PERAK

HAKIKAT DUIT
Duit disisi fuqaha’syariat Islam
Dimaksudkan dengan duit pada istilah fuqaha’ ialah yang ditempa dari emas dan perak.
Dikatakan juga: Tempaan daripada emas dan perak dan yang mengambil tempatnya yang digunakan oleh manusia dalam muamalat dan dianggap nilai kepada harta.
Ta’rif kepada duit ini adalah pendapat yang rajih, kerana dalam istilah manusia menganggap sesuatu sebagai harga yang mengambil tempat duit. Kerana ini kebanyakan fuqaha’ semasa dan pengkaji menerima amalan seperti ini.

DUIT SEBELUM ISLAM
Duit sebelum Islam melalui beberapa peringkat, peringkat yang penting ialah;
1- Peringkat pertukaran
Iaitu pertukaran barang dengan barang yang kedua-duanya bukan duit atau tukar barang dengan barang.
2- Duit barangan
Iaitu barang yang biasa digunakan oleh manusia sebagai perantaraan dalam pertukaran seperti susu, teh, unta, gandum dan sebagainya. Ia berbeza mengikut perbezaan persekitaran dan cara kehidupan manusia.
3- Duit galian
Melihat kepada kesukaran dalam menggunakan duit barangan, lalu mereka beralih kepada menggunakan duit galian, maka mereka menggunakan tembaga dan gangsa, kemudian mereka diberi petunjuk menggunakan emas dan perak, kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan kecantikan yang tersendiri, kekal apabila ditanam dan unsurnya yang tetap yang terpelihara dari di manipulasi.

"Emas alat takwa taqarrub kepada Allah"
nak beli emas hubungi saya 0192903165 Othman Hamzah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9