| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 25 November 2010

MASTER DEALER DAN AMSYIQ GOLD ENTERPRISE

Saya berpengalaman menjadi Master Dealer PG dalam masa dua bulan. Saya berterima kasih kepada sifu saya saudara Ahmad Fithri b Ahmad Tajalie yang selalu menghubungi dan membimbing saya. Beliau adalah admin bijakemas yang menjadi link dan rujukan blog saya. Saya juga berterima kasih kepada Tuan Guru Sifu jutawanemas saudara Syukur Hasyim, orang pertama yang saya hubungi tentang emas sebelum sudara Ahmad Fithri.

Saya rakamkan kejayaan saya menjadi master adalah kejayaan bersama pendokong-pendokong emas. Dalam masa tiga bulan saya telah menjadikan lebih empat puluh orang sebagai dealer PG. Tentu sudah ramai umat Islam telah menyimpan emas dan dinar. Kemudian saya juga menjadi dealer kepada GCP dan syarikat-syarikat yang lain. Kini saya bersama isteri saya Puan Hajjah Khainarida Manan meneruskan jihad ekonomi ini menerbitkan DINAR DARUL EHSAN dan BAR AMSYIQ dibawah syarikat AMSYIQ GOLD ENTERPRISE.

Kami berharap gelombang emas dan perak, aliran dinar dan dirham akan lebih deras. Kami berharap mendapat dokongan bersama untuk meneruskan jihad ekonomi ini, terutamanya dealer-dealer "Rangkaian Emas Amsyiq", disamping PG, bantu kami AGE. Anda boleh bantu kami dengan menjadi juga dealer kepada kami atau rangkan kongsi kami (rujuk posting saya menjana keuntungan bersama AGE).

Kita teruskan dakwah jihad ekonomi ini: "Menyimpan Emas demi mengukuhkan ekonomi umat Islam". Mudah-mudahan akan lahir ramai orang yang seperti Saidatina Khadijah, Abu Bakar As Siddiq dan Abdur Rahman bin Auf.

"Emas alat takwa taqarrub kepada Allah"
"Emas biar ditangan bukan dihati"
"Kami pastikan muamalah yang Islami"

Ikhlas dari saya
Syeikhul maqari Othman bin Hamzah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9