| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 9 April 2011

TAHNIAH DATO' AZRUL HAKIM, WAKALAH AGE DI KLANG DAN SHAH ALAM

AGE MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA US. AZRUL HAKIM SURADI SEMPENA PENGANUGERAHAN PINGAT "NATIONAL CONSTRACTION MEDAL OF COMBODIA (GOLD CLASS) MEMBAWA GELARAN DATO'. LEPAS INI KITA KENA PANGGIL DATO'LAH. MOGA DARJAH KEBESARAN INI TERUS MEMBERI DORONGAN KEPADA BELIAU MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ISLAM DAN UMAT ISLAM. DIBAWAH NI KITA BAWA ARTIKEL DARI BLOG LAIN MERAIKAN PENGANUGERAHAN TERSEBUT: Sabtu, April 02, 2011 PAS Batu raikan enam Datuk dalam majlis Makan Malam dan Pemasyhuran Darjah National Constructions Gold Medal Seramai enam ahli PAS yang menerima Darjah "National Constructions of Cambodia (Gold Medal)" yang membawa gelaran Datuk atau Okhna diraikan oleh PAS Kawasan Batu dalam satu majlis girang-gemirang Makan Malam dan Pemasyhuran Darjah pada Sabtu, 26 Mac lalu di Dewan Masyarakat Taman Greenwood, Gombak. Mereka yang dinugerahkan darjah berkenaan oleh Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Batu, Datuk Suhaimi Abdul Rahman; Naib Yang DiPertua PAS Batu, Datuk Tarmizi Mohd Jam; dan Setiausaha PAS Batu, Datuk Ismial Yahya. (gambar: Tian Chua sedang berucap) Sementara tiga alagi ialah Ketua Pemuda PAS Kuala Langat, Datuk Ustaz Riduan Rahmat; Bekas Calon PAS Dun Air Tawar 2008, Datuk Ustaz Asrul Hakim Suradi dan Pengerusi Badan Kebajikan Kakitangan Islam KWSP Kebangsaan, Datuk Abdul Rashid Harun. Dalam ucapan Yang DiPertua PAS Batu, Tan Haji Ishak Surin menyifatkan jasa bakti ahli-ahli PAS khususnya di kawasan Batu telah diiktiraf diperangkat antarabangsa dengan anugerah tersebut. Ini sebagai suatu kemajuan PAS Batu dalam meneroka dunia luar disamping kukuh mengikat ikatan ukhwah sesama umat Islam walaupun di mana jua berada. Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Tian Chua yang hadir amat gembira dengan anugerah yang diterima oleh pimpinan PAS Kawasan Batu, dan menyifatkan anugerah itu jauh lebih mualia dari anugerah yang diperolehi dari pintu belakang atau dari menjual maruah untuk sesuap nasi. (gambar: Datuk Suhaimi menerangkan misi NGO Peduli Kasih of Cambodia) Lebih 130 orang rakan-rakan dan teman hadir pada majlis tersebut termasuklah Haji Ahmad Subky Latif; Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI, Husni Abas, Exco Paksi, Kassim Muhamad dan Pengerusi Persatuan Anak-anak Melayu Wilayah Persekutuan-Selangoir, Haji Shoib Abdul Majid. Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Sabtu, April 02, 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9