SERING KAMI MENDENGAR UCAPAN SEPERTI INI: “Jangan taassub dengan emas dan perak”
sebagai contoh pandangan yang menyatakan: emas juga tidak sunyi dari manipulasi dan tidak kebal dr serangan spekulator,kemelesetan ekonomi dan kesusutan nilai..agar kita TIDAK taasub SGT dgn emas dan perak.itu sahaja.
Saya rasa terpanggil untuk "highlight"kan isu ini:
Kita mahu membetulkan silap pandang ini. Kita tidak mengajak orang beriman dan tassub kepada emas dan perak, kita hanya mengajak orang kepada menyimpan emas kerana ada kekuatan disana di sudut hujjah dan dalil dari Al Quran dan Al Hadis.
Kita menerima kenyataan emas tidak sunyi dari manipulasi dan tidak kebal dari serangan spekulator, kemelesetan ekonomi dan susut nilai . Tapi kita tidak setuju kenyataan ini menyebabkan umat islam tidak perlu menyimpan emas, kerana:
a) Emas dan perak disebut dalam al Quran dan hadis.
b) kita akui : Emas “benda baharu” yang terdedah kepada kekurangan.
c) Tetapi yang “syarie” takkan sama dengan “bukan syarie”
d) sebagai analogi : Walaupun nabi dan orang mukmin pernah susut nilai kualiti diri contoh dalam peperangan Uhud dan Hunain dan pernah kalah. Namun kesusutan ini taklah boleh disamakan dengan tentera kuffar sekalipun mereka menang dan tentera mereka mempunyai kualiti diri yang tinggi. Maksud saya mata wang Syarie tak kan nak disamakan dengan matawang lain.
Kemudian perkara “Tassub” kalau saudara maksudkan emas dan perak , tidak melibatkan dinar dan dirham, saya menjawab saya sangat taassub dengan ayat Allah dalam surah at Taubah ayat 34 yang mafhumnya dapt diambil intisarinya seperti berikut:
a) Emas dan perak sumber kekuatan yang boleh menjadikan umat islam sebagai pembayar zakat
b) Emas dan perak menyimpan kekuatan yang jika umat islam menyimpan dan belanjakan pada jalan Allah boleh membina kekuatan umat.
c) Kalau emas dan perak tidak ditunaikan zakat dan haknya, pemiliknya boleh diazab di akhirat nanti
d) Umat Islam juga tidak boleh memahami ayat ini sebaliknya, dengan menolak saranan yang tersirat dalam ayat yang mengajak memiliki kekayaan, dengan mengambil sikap monolak jadi kaya takut kena azab. Bukan ini yang dikehendaki oleh ayat ini.
Kalau saudara maksudkan dinar dan dirham saya jawab: Saya sangat-sangat taassub dengan pilihan nabi dinar dan dirham sebagai matawang kerana:
a) Pilihan nabi menunjukkan ia sunnah Taqririah (nabi mengakuinya)
b) Nabi sebagai pembawa syariah. Oleh kerana itu , pilihan dinar dan dirham menunjukkan ia adalah mata wang syariat
c) Berabad-abad kita umat islam menggunakan mata wang Islam sehingga 1924 jatuhnya khilafah Islamiyah kepada Kamal at Tartuk. Nampaknya taassub benar ulamak-ulamak kita terhadap matawang ini.
d) Kemudian umat Islam sudah hilang matawangnya tersendiri. Kita dipaksakan dengan mata wang yang tidak jelas “bernilai”nya. Bila kita ajak semula kepada kepada yang asal, kepada matawang yang diperkenankan dan diakui nabi. Ada orang bangun mengatakan kita tassub.
Siapa tassub sebenarnya:
Kalau kami tassub kepada dinar dan dirham ada asasnya. Tetapi kalau anada Tassub kepada mata wang yang lain termasuk ringgit, dollar dll, apa asasnya?
Akhirnya saya mengamalkan perintah tuhan bermaksud: “Peganglah dengan kuat apa yang aku wahyukan”. Pilihan nabi adalah wahyu. Firman Allah surah An Najm yang majhumnya : arahan-arahan termasuk ketetapan nabi, tidak lainlah melainkan wahyu dari Allah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan