| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 8 Jun 2011

Kenapa Perlu Tukar Wang Kepada Emas Dan Perak

Banyak faktor kenapa perlunya melakukan demikian, saya tuliskan yang penting sahaja:

PERTAMA: KITA MENGAJAK DAN MENDAKWAH UMAT ISLAM MELINDUNGI KEWANGAN DAN KEKAYAAN MEREKA.

Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai. Krisis kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas, Tetapi kalau duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri.

KEDUA: SISTEM KEWANGAN SEKARANG TIADA KEADILAN.

Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham awam. Keuntungan yang diberikan sekitar 8% setahun hanya sekadar menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar biasanya 4% setahun, dan boleh mencapai 6-7%.

KETIGA: BANK-BANK YANG ADA MENAWARKAN PINJAMAN BERKONSEPKAN KEUNTUNGAN BERGANDA.

Bank yang ada gagal melahirkan orang Islam yang kaya. Apa yang berlaku mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir pula dengan memufliskan. Mengikut islam memberi pinjam atas dasar “Bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa” bukan menjadikannya perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan pinjaman. Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya meningkat.

KEEMPAT: MENINGGALKAN HARAM, SYUBHAT DAN TIDAK JELAS BERTUKAR KEPADA YANG HALAL.

Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana “Dosa adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa”. Ada pula saham yang banyak melibatkan orang islam yang dikategorikan harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. “harus tidak semestinya halal”. Kalau kita berada dihutan tiada makanan lain yang boleh kita makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita mati, maka pada ketika itu “harus” kita makan. Tapi ini tidak bererti khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.

Kalau pengharusan saham-saham harus tersebut kerana maslahat akan datang, bimbang jarak ekonomi umat islam akan jauh dengan bukan islam jika tidak melabur. Kita kena tengok pelaburan yang lain lebih banyak menguntungkan, dan ternyata menyimpan emas adalah satu pelaburan yang lebih menguntungkan dan tiada berisiko. Maksud saya emas fizikal, bukan sekadar nilai.

KELIMA: BERSAMA MELAKUKAN JIHAD EKONOMI.
Kenapa dollar sebagai matawang yang mesti diterima oleh semua negara islam termasuk kita. Kenapa tidak dinar. Kenapa kita membangunkan matawang kapitalis yang mendakwa polis dunia yang semahunya meruntuh dan menghancurkan negara umat Islam. Bersengkongkol dengan zionis israel membunuh rakyat Palestin. Emas kontra dengan dollar. Emas naik – dollar akan turun. Dollar naik - emas turun. Emas pasti akan naik. Kita boleh mendidik negaranya supaya tidak ego dengan negara umat Islam. Hanya dengan perlaksanaan dinar emas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9