| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 10 Julai 2011

Negara Islam Disaran Guna Dinar Emas Sebagai Mata Wang Tunggal


ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) -- Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh. Beliau berkata mata wang negara-negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.

"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini Sabtu. Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu.

Sementara itu, Panel Syariah Amsyiq Gold Enterprise, yang mengeluarkan dinar untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Othman Hamzah, berkata pelancaran Dinar Darul Aman bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat simpanan untuk masa hadapan. "Jual beli dinar mempunyai susut nilai yang kecil iaitu sebanyak lima peratus berbanding 30 peratus bagi emas perhiasan yang terdapat di kedai emas. "Malah keuntungan bagi simpanan dinar selama setahun boleh mencecah 37 hingga 50 peratus," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan negeri menggunakan dinar dalam urusan pentadbiran, sama ada untuk kegunaan harian atau sebagai cenderamata.

-- BERNAMA

Bagi mendapatkan Dinar Darul Aman, sila hubungi

Syeikhulmaqari Hj Othman Hamzah - 019-2903165
Ustaz Hj Zahir -019-4775980
Ustaz Azmi - 019-5560606
En Abu Bakar - 019-3848745

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9