| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 14 Julai 2011

Testimonial

Disini sempat saya rakamkan pendapat pelanggan kami yang telah menggunakan kaedah GKAS seperti berikut:

Saya Hafiz student MPI pelanggan dan dealer AG dengan diskaun 1.5%:
“Alhamdulillah, saya baru aje menggunakan kaedah GKAS. . Pada mulanya saya nak jual aje. Tetapi nak cuba kaedah GKAS. Saya GKAS(gadaikan) 10pcs dinar 999, kebetulan harga hari ini tinggi. Harganya RM765 x 10 = RM7650. Jadi saya dapat 65% dari harga tersebut iaitu RM4872.50. Dari nilai tersebut ditolak “rusum khidmah” sebanyak 0.7% daripada RM7650 iaitu RM53.50 perbulan. Oleh kerana saya menjangkakan akan tebus balik 6 bulan akan datang maka saya dikenakan “rusum khidmah” sebanyak RM53.50 x 6= RM321. Ertinya saya dapat bawa pulang (4872.5-321)= RM4551.5o. saya diberitahu kalau saya tebus awal dari enam bulan “rusum khidmah” yang belum sampai akan ditolak, dan sebaliknya kalau terlebih tempoh 6 bulan rusum khidmah akan dikenakan kepada bulan yang terlebih itu.

Apabila saya bandingkan GKAS ini dengan Rahn agro saya mendapatinya sama, kecuali Amsyiq mengenakan rusum dengan menolak awal dari jumlah pinjaman sebanyak RM321. Kerana Amsyiq menggunakan akad jual. Oleh kerana itu dia tidak menggunakan upah simpan tetapi bayar awal yang disebut “rusum khidmat” atau “servis cas”.

Secara kesiumpulannya, GKAS dapat menolong orang yang sesak macam saya dan saya tidak kehilangan dinar saya. Saya berpuas hati dengan kaedah GKAS ini”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9