| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 13 Ogos 2011

KENAPA SISTEM LOCK HARGA DIHENTIKAN SEMENTARA

KENAPA SISTEM LOCK HARGA DIHENTIKAN SEMENTARA

Ada yang memperkatakan kenapa kami memberhentikan sementara system lock kami.
Mari saya mengajak pembaca bersama kami memahami situasi ini. Dalam keadaan biasa, pergerakan harga emas adalah bertahap. Penggunaan system lock boleh dilaksanakan tanpa menyentuh prinsip-prinsip syarak. Salah satu perinsip syarak tiada perjudian dan gharar.

Dalam keadaan harga emas bergerak setiap minit dan pergerakan menaik . Bila orang lock pukul 9.00 harga 18000. Pukul 9.30 dah jadi 18500. Pukul 10.00 dah jadi 19000. Ahmad yang lock 900 pagi tadi belum menyerahkan harga lagi. Barang pada penjual dah tak boleh dijual pada orang lain. Sampai 3 hari bayaran tak dapat lagi. Tup-tup dapat atas alasan takut bawa duit cash bayar dengan cek. Cek 3 hari pula baru boleh di cashkan. Penjual sudah kebekuan modal. Itu baru satu pcs. Bayangkan kalau penjualan mencecah setengah juta.

Satu keadaan lagi. Bila barang tak ada dalam stok agen atau penjual kerana kehabisan stok. Biasanya orang lock dengan harga tertentu , kami akan jawab ok. Kalau tak jawab ok anggap lock itu tidak sah kerana mungkin stok tidak ada. Atau kami jawab stok tidak ada , boleh tempah tapi harga harga setelah tempah.

Dalam keadaan sekarang harga emas bergerak setiap minit dan pergerakan menaik. Kalau stok tidak ada, kami tak boleh kata ok. Contoh Abdullah lock pada pukul orang lock pukul 9.00 harga 18000. Stok dah habis. Kami kena tempah. Untuk menempah hanya boleh keesokan harinya pukul 10 pagi, kerana 10 pagi harga emas dunia berubah. Antara 9 pagi hingga 10 pagi esok, pergerakan harga emas kalau 100 gram boleh mencapai kepada rm 1,500 hingga rm 1,600.Ini bermaksud kita tempah dengan harga 19,600, tapi kita jual dengan harga 18000.Kan rugi namanya, modal pun boleh habis untuk bayar tempahan. Lebih teruk lagi kena tanggung lagi kos-kos diskaun yang kita wajib beri kepada pembeli dan wakala. Kalau syarikat dah tahu ini risikonya, takkan syarikat nak meneruskan juga system lock.

Tidakkah Islam suruh kita berniaga supaya dapat untung. Kita disuruh jangan menzalimi dan dizalimi. Harap pelanggan kami memahami situasi ini.

Masalah

Ada yang menyatakan tanpa system lock akan menyusahkan. Kita masih boleh bermuamalah. Contoh kalau anda nak membeli satu-satu item, anda berinteraksi dengan wakala-wakala kami dan agen-agen kami. Kalau item yang kecil seperti dinar , 10 gram, kebanyakan agen dan wakala kami ada stok. Kalau stok mereka ada belilah secara cash dengan harga semasa yang terpapar. Kalau stok mereka tidak ada, wakala dan agen akan menghubungi kami, , wakala akan hubungi kami. Kalau stok kami ada wakala kami akan lock dengan kami. Kami akan cuba menyampaikan stok kepada wakala secepat mungkin. Kalau stok kehabisan, pelanggan kami boleh menempah dengan wakala dan agen. Harga ditentukan 11 pagi esoknya.

Dan Wakala dan agen bertanggungjawab menyampaikan pesanan tersebut kepada kami. Kami akan memberitahu Wakala dan agen harga tempahan pada 11 pagi esoknya. Setelah Wakala memberitahu harga, pelanggan boleh tempah. Alangkah mudahnya pelanggan membayar terlebih dahulu atas perinsip jual tempah. Lambat membuat keputusan dan membayar, harga emas akan berubah pula. Kami telus dalam perkara ini. Ketelusan kami harap pelanggan kami memahami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9