ZAKAT EMAS 916 DAN EMAS 999
Nisab emas ialah 20 dinar. Untuk menentukan berapakah berat 20 dinar itu dalam gram, hendaklah kita mengetahui berat satu dinar.
Berdasarkan:
1. Atsar Umar bin Khattab رضي الله عنه:, beliau mengatakan bahwa perbandingan berat antara dinar dengan dirham adalah 7 dinar setara dengan 10 dirham.
2. Sejarawan muslim masyhur, ibnu khaldun, menyatakan bahwa berdasarkan ijma’ sahabat, tabi’in, dan para ulama’-ulama’ sesudahnya, berat 1 mithqal atau 1 dinar adalah setara dengan berat 72 butir gandum.
Berdasarkan itu:
1. 1 dinar = 1 mithqal
2. 1 dinar = 72 bulir gandum
3. 7 dinar = 10 dirham
4. 1 dinar = 4,25 gram
5. 1 dirham = 2,975 gram
Apabila nisab zakat adalah 20 dinar, maka 4.25gram x 20 = 85gram.
Dalil-dalil tersebut hanya menerangkan keberatan dinar dan tidak menyentuh langsung tentang “karat” atau ketulinan emas.
Apa dia sistem karat.
Sistem karat adalah piawaian antarabangsa terhadap emas. Standard ketulinan yang paling tinggi ialah 24 karat.
Mana-mana nilai karat lebih rendah dari 24 adalah satu langkah berapakah emas di sana berada dalam aloi emas barangan emas. Oleh itu 18k adalah 18/24ths 100% emas = 75.0% emas. 22 karat adalah dalam matematik 22/24ths x 100 = 91.666% tetapi standard antarabangsa yang sudah diterima adalah 91.60%
Takrif karat dalam kandungan emas untuk mengiktiraf piawaian antarabangsa
Karat | Emas | Kandungan Emas
24 | 999 | 99.9
24 | 990 | 99.0
22 | 916 | 91.6
21 | 875 | 87.5
19.2 | 800 | 80.0
18 | 750 | 75.0
14 | 585 | 58.5
10 | 417 | 41.7
9 | 375 | 37.5
Adakah perkiraan emas yang dizakatkan itu dari emas 24 k atau 22k.
1. Menurut fiqh Sunnah jilid 3, m.s 22, emas yang hendak dizakatkan ialah 24 k.
2. Ijma’ ulamak bahwa emas yang dimaksud dalam dalil nishab zakat (20 dinar emas) adalah emas tulen. Dengan demikian semestinya dinar yang dimaksud dalam syariat Islam adalah dinar yang terbuat dari emas tulen, bukan dinar campuran dengan logam lain.
3. Kementerian wakaf Kerajaan arab saudi menyatakan bahwa nishab zakat adalah 85 gram emas tulen.
Berdasarkan itu:
Kalau emas 22 k , hendaklah dikurangkan terlebih dahulu sebanyak 2/24 = 1/12,sekiranya mencapai 85 gram barulah ditunaikan zakatnya.
Kalau emas 18 k, hendaklah dikurangkan terlebih dahulu sebanyak 6/24= 1/4 , sekiranya mencapai 85 gram barulah ditunaikan zakatnya.
Kalau 85 gram dari emas 916, setelah ditolak pengurangan 1/12 jadi keberatan emas hanya mencapai 79.05.
4. Untuk mencukupkan 85 gram sebagaimana emas tulin, maka perbezaan pengurangan diatas menjadikan nisab emas 22 karat adalah 93 gram.(93x22/24)
5. Untuk mencukupkan 85 gram sebagaimana emas tulin, maka perbezaan pengurangan diatas menjadikan nisab emas 18 karat adalah 114 gram.(114x18/24)
6. Cara pengiraan zakat perak juga mengikut perkiraan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan