| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 8 Disember 2011

HIJRAH EKONOMI

Alhamdulillah saya baru balik dari menyampaikan ceramah di Masjid Sultan Abdul Samad Jugra, Banting. Sempena Maal Hijarah tentulah saya memulakan ceramah saya tentang hijrah Rasul dan sahabat dari Makkah ke Madinah al Munawwarah.

2- Rasullah memulakan dan menyudahkan dakwah baginda dengan lima perkara:

a) Memtapkan akidah selama 13 tahun di Makkah
b) Mempersudarakan antara Muhajirin dan Ansar di Madinah al Munawwarah
c) Memperkuatkan ekonomi
d) Menyempurnakan Islam selama 10 tahun
e) Melakukan jihad .

3- Para sahabat ditanamkan akidah selama 13 tahun di Makkah . Dengan tempoh yang panjang demikian para sahabat bersedia melaksanakan seluruh perintah Allah dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya hanya dalam tempoh 10 tahun.

4- Beberapa tokoh sahabat menarik perhatian kita seperti Abdur Rahman bin Auf, Shuhaib Ar Roomi, Abu Bakar As Siddiq. Terdahulu daripada itu Ummul Mukminin Saidatana Khadijah, isteri Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh Abdur Rahman bin Auf ketika hijrah ke Madinah membawa bersamanya beratus ekor unta membawa kekayaannya, ditahan oleh orang Quraish. Mereka memberi kata dua kepada Abdur Rahman bin Auf samada tinggal di Makkah sebagai jutawan atau mengikut Muhammad hijrah sehelai sepinggang. Abdurahman memilih kekasihnya Rasul s.a.w.

5- Sesampai Abdurrahman bin Auf di Madinah. Orang Ansar menawarkan kepada Abdurrahman bin Auf separuh kekayaannya. Tetapi Abdurrahman bin Auf hanya meminta pinjam beberapa dinar sebagai modal perniagaan. Dengan beberapa minggu Abdurrahman berniaga beliau berjaya meraih keuntungan yang besar, sekaligus menjatuhkan ekonomi Yahudi.

6- Orang yang seperti beliau tidak wajarlah kita menyatakan Abdur Rahman bin Auf lambat masuk syurga lantaran kekayaan yang menghambatnya. Tidakkah beliau pakar bisnes yang berjaya menghancurkan ekonomi Yahudi.

7- Islam memerlukan ramai pakar ekonomi untuk mengangkat martabat Islam. Umat Islam mesti menguasai kekayaan. Menyimpan ketika ekonomi bergerak cergas untuk menghadapi keadaan getir dituntut oleh Islam sebagaiman Al Quran merakamkan peristiwa nabi Yusuf mentakwilkan mimpi raja mesir “tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh lembu yang kurus”. Tujuh tahun pertama subur, makan sebahagian darinya, sebahagian lagi simpan untuk menghadapi tujuh tahun kemarau berikutnya.

8- Kisah Yusof memberi pengajaran kepada kita supaya “menyimpan”. Orang muda mari menyimpan untuk masa tua dan lepas pencen. Bila pencen kudrat berkurangan dan penyakit pun banyak. Kos rawatan tinggi. Anak-anak kita susah nak kita harapkan menjaga kita. Lainlah kalau kita menyimpan emas dan dinar. InsyaAllah anak kita berebut menjaga kita.

9- Dinar dan Emas menyimpan nilai. Satu dinar boleh membeli seekor kambing zaman nabi. Hari ini juga satu dinar boleh membeli seekor kambing juga. Sedangkan duit tidak menyimpan nilai. Tahun 70 an harga kambing sebanyak RM 70. Tetapi hari ini RM 70 hanya boleh beli ekor kambing (sup ekor berharga RM 50) di Shah Alam dan Penang.

10- Sebab itu AG menyeru umat Islam tukar duit jadi emas. Kenapa:

1) Melindungi kekayaan kita kerana menyimpan duit kertas dalam bank, mendedahkan kekayaan kita dimamh oleh inflasi antara 5 hingga 7 peratus. Kalau pencuri boleh kita dakwa.

2) Sistem kewangan hari ini tidak adil. Orang mencarum saham hanya diberi 7 hingga 8 % sedangkan inflasi memamah kewangan kita hingga 7%. Ini bukan untung.

3) Saham kebanyakan syubhat dan haram. Bertukarlah kepada menyimpan emas, dan berniaga emas untung 37% hingga 50% setahun . Banyaklah tu, dan tiada risiko.

4) Dolar kontra dengan Emas. Kalau kita tukar duit jadi emas, kita boleh menjatuhkan dolar seterusnya menjatuhkan Amerika.

11- Dalam AG kita menawarkan berbagai kaedah untuk menguntungkan pelanggannya:

1) AG menawarkan diskaun pembelian 10k -1.5%, 20k-2.0%, 50k-2.5% dan 100k-3.0%

2) Himpun resit boleh menjadi menjadi dealer untuk mendapat potongan

3) GKA 1- pembeli boleh menggandakan emasnya dengan modal sedikit. Contoh: biasanya 10 k dengan pembelian biasa boleh dapat 12 Dinar. Dengan GKA1- 10k boleh beli 28 keping yang nilainya menjangkau 24k.

4) Dengan GKA 2- pembeli boleh membeli 10g GB (pada harga 2k) sebanyak 6 ketul hanya dengan harga 5,500. Cara biasa memerlukan 12k.

5) Dengan Kaedah Amsyiq ke tiga JRA- pembeli boleh membeli emas dengan harga 35%. Contoh emas bernilai 10k boleh dibeli dengan harga 3,500. Dan emas bernilai 50k dengan harga 17k.

6) GKAS- kaedah yang menyerupai gadaian. Pembeli boleh mendapatkan pinjaman 65% daripada nilai emas. Contoh 12 dinar yang berharga 10k di GKASkan, dapat pnjaman 6,500.

12- Produk AG terbaru ialah JRA (Jadi Rakan Amsyiq). Kami bersungguh mengajak mereka yang berpendapatan sederhana yang ada 3,500 menyertainya. Untuk setakat ini had minimum menyertainya 10k. Pada bila-bila masa had minimum ini akan dinaikkan kepada 20k. Kita mengharapkan golongan sederhana dapat merebut peluang ini sebelum had minimum ini berubah. Sementelah pula harga emas sedang turun. Untung membeli hari ini.

Selamat membeli, marilah kaya bersama kami. Kaya di dunia kaya juga di akhirat
Admin

2 ulasan:

  1. Salam..

    Saya nak mohon penjelasan..
    "Peringkat Dealer Amsyiq
    Basic dealer : selepas pembelian RM 10k, diskaun 1.5%"

    1.Adakah saya boleh dapat diskaun 1.5% tu semasa pembelian 10k kali pertama? atau pembelian 10k kali pertama x dapat diskaun, next purchase baru dapat?

    2.Jika saya dh beli 10k pertama, then saya beli lagi 10k kedua dengan diskaun 1.5%, so jumlah resit jadi 20k, adakah selepas tu sy boleh upgrade jadi normal dealer dgn diskaun 2.0%?

    Syukran

    BalasPadam



TV9