| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 14 Mac 2012

AG dalam Sinar Harian 9 Mac 2012




REHAL 9 MAC 2012
Oleh: Syahidatul Akmal Dunya  (syahidatul.akmal@sinarharian.com.my)

EMAS NILAINYA TIDAK SUSUT
Mampu tumpaskan kuasa Barat kerana kontranya dengan AS$ 
Amsyiqgold membantu anda membeli emas tulen bagi pelaburan masa depan
PERNAHKAH kalian terfikir apakah akan terjadi apabila  wang fiat (duit kertas) mengalami kejatuhan nilai (hyper inflasi) seperti yang pernah terjadi dalam kerajaan Perancis (1715), Hungary (1945 sehingga 1946) termasuk di negara Zimbabwe (2000 hingga sekarang) sehinggakan untuk membeli tiga biji telur mereka perlu membawa wang kertas bernilai 100 bilion!.
Nilai mata wang kertas pastinya tidak akan kekal lama dan ia berlainan dengan emas serta perak, perkataan emas mahu pun perak telah disebut berulang-ulang dalam al-Quran dan Hadis jelas menunjukkan bahawa benda bernilai itu mampu dibelanjakan kepada agama ALLAH sebagaimana yang dilakukan para sahabat.

EMAS KALIS INFLASI
Juru cakap AmsyiqGold (AG), Syeikhul Maqari Othman Hamzah, 47, berkata, dalam Islam sesiapa yang memiliki 85 gram emas yang disimpan setahun perlu membayar zakat ertinya sekarang ini jika individu itu menyimpan 100 gram jongkong emas (gurbah) dia sudah kaya.
“Kalau seseorang itu mempunyai duit satu juta lalu menyimpannya di bank cukup setahun dia hanya mendapat keuntungan satu peratus  sahaja sedangkan dia kena bayar zakat sebanyak 2.5 peratus.
“Berbeza dengan memiliki emas apabila cukup gramnya. Kita membayar zakat 2.5 peratus  daripada 85 gram setahun, nilai emas tidak akan turun malah sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Jelas membuktikan bahawa emas bersifat kalis inflasi dan nilainya tidak akan pernah susut,” katanya.   
Menurutnya, umat Islam perlu peka dengan nilai emas dan perak kerana dalam banyak-banyak harta yang perlu dibayar zakat, ALLAH SWT hanya menyebut perkataan emas  serta perak. Apabila memiliki emas dan perak senanglah bagi kita untuk membeli barangan lain.
Hari ini, kekayaan emas dimonopoli bangsa lain dan yang pastinya bukan bangsa Islam, pelik bukan!. Umat Islam perlu mengubah persepsi kuno bahawa kaya itu untuk semua bukan golongan tertentu sahaja.
“Kita perlu betulkan kefahaman itu, lihatlah isteri dan sahabat Nabi Muhammad SAW, mereka semua hartawan dan memiliki kekayaan berganda, tetapi mereka tidak bermewah-mewah mahu pun mendabik dada, sebaliknya membelanjakan harta ke jalan ALLAH.
“Jadikan Saidina Abu Bakar sebagai ikon jutawan dalam menjadikan harta sebagai medium mendekatkan diri dengan Islam. Beliau membebaskan seorang hamba dengan mengorbankan 100 ekor unta diibaratkan seperti sebuah kereta marcedes. Bayangkan bagaimana luasnya kekayaan sahabat Nabi ini,” kata Othman yang juga panel syariah AG.
Tambah beliau lagi, ramai yang tidak faham mengenai zuhud. Zuhud itu sebenarnya mampu untuk memiliki tetapi tidak bermewah-mewah, namun masyarakat kini memahami zuhud seperti “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.”

KRISIS KEWANGAN
Tanggal 1997 dan 1998 berlaku krisis kewangan di Asia menyaksikan berlaku susut nilai wang sebnayak 60 hingga 70 peratus, jutawan yang hari ini kaya raya, tetapi esoknya tetiba muflis kerana berlakunya hyper inflasi, ia berlaku sekelip mata. George Soros datang dan membawa duit keluar.  Kesan daripada itu menyebabkan Bank Negara terus mencetak duit dan keadaan menjadi stabil. Tidak lama kemudian, Soros datang kembali  seterusnya menabur wang berjuta-juta maka jadilah duit melimpah melebihi keperluan.
“Apabila menyimpan wang fiat, kita sebenarnya memperjudikan nasib ekonomi negara kita kerana situasi ini akan berlaku lagi dan lihatlah keadaan negara yang mana nilai duit berdasarkan timbangan dan bukannya nilai wang kertas itu.
“Itulah keadaan yang akan berlaku sebaik nilai mata wang sudah tidak laku. Dolar Amerika Syarikat (AS$) dianggap sebagai bapa kepada mata wang negara lain. Amerika juga memulakan duit sandaran emas dan duit tanpa sandaran emas.
Othman menambah, sekitar tahun 1927,disebabkan berlaku banyak peperangan, Amerika Syarikat pun menghentikan pengeluaran wang sandaran emas. Sekarang ini, AS$ sedang mengalami kejatuhan dan apakah akan terjadi kepada  negara-negara yang menggunakan wang fiat.
Emas kembali mendapat tempat dan nilainya semakin meningkat. Dek kerana itulah, masyarakat perlu dididik dengan penyimpanan emas, tambahan pula emas adalah sesuatu yang mempunyai nilai  dan ALLAH menghias Syurga dengan emas serta perak.
EMAS PENYIMPAN NILAI
Terdapat sebuah hadis menjelaskan Baginda menyuruh ‘Urwah’ membeli seekor kambing dengan harga satu dinar, akhirnya ‘Urwah’ membeli dua ekor kambing dan di pertengahan jalan sahabat melihat ‘Urwah’membawa dua ekor kambing lalu meminta untuk dijualkan kepadanya.
Sampailah ‘Urwah’ bersama kambingnya di hadapan Rasulullah, lalu diserahkan kambing yang dipesan Nabi ALLAH dengan satu dinar itu. Rasulullah memuji ‘Urwah’ dan bersabda, “Beruntung orang berniaga dengan dinar.”
Berdasarkan hadis di atas, Nabi menjanjikan betapa untungnya bagi orang yangberjual beli dengan dinar. Dinar atau emas menyimpan nilai bersamaan  satu dinar pada zaman Nabi boleh membeli seekor kambing, sedangkan duit akan mengalami susut nilai.
“Saranan saya, simpanlah emas kerana ianya mempunyai banyak faedah antaranya untuk melindungi kekayaan seperti dianjurkan Islam. Duit kertas sentiasa mengalami susut nilai disebbakan inflasi lima hingga tujuh peratus. Emas adalah penyimpan nilai sehingga hari kiamat dan suatu masa nanti tidak ada apa-apa yang berharga melainkan emas.
“Emas turut berfungsi sebagai penghalang umat Islam daripada pelaburan yang syubhah dan tidak halal kepada pelaburan yang dituntut serta halal, kita berolah keuntungan antara 37 hingga 50 peratus dan langsung tiada risiko dengannya,” ulas Othman panjang lebar.
Othman berkata, AG mengajak mana-mana individu berminat untuk menyimpan emas memandangkan ia adalah jihad ekonomi, akibatnya dengan menyimpan emas mampu menguasai kekayaan dan ekonomi seterusnya dapat menumpaskan kuasa kapitalis Barat, Amerika Syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9