Maksud Fardhu Kifayah
Dalam Bab Muamalat menjadi Fardhu kifayah orang Islam yang menguasai semua perniagaan. Kalau tak ade orang Islam melakukannnya, maka berdosa hukumnya kepada semua orang Islam. Tapi kita fahamlah. Orang yang melaksanakan fardhu kifayah telah melepaskan kewajiban dan dosa daripada orang lain. Persoalannya orang Islam lain hanya kata alhamdulillah kita tak berdosa kerana dah ada orang melaksanakannya.
Adakah memada demikian sedangkan tujuan melepaskan fardhu kifayah bermaksud supaya orang Islam ada wadah untuk bermuamalah secara Islam dan kepada orang Islam. Kita hanya bersyukur kerana ada orang Islam yang melepaskan fardhu kifayah . Untuk bermuamalah dan berniaga kita tetap memilih ***** juga. Kita mengambil sikap tak apelah. Malah bertungkus lumus siang malam support mereka pula. Patutnya kita menyokong "fardhu kifayah" inilah.
Kecualilah kalau belum ada. Sekarang ni kan dah banyak. Saya tak tahulah kalau ustaz-ustaz pun tak rasa bersalah ********* mereka. Tepuk dada tanyalah iman. Sekadar cetusan minda.
duit boss.. bikin mata nie rabun, lupe dah keutamaannya
BalasPadam