| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 15 Mei 2012

Ketika Harga Emas Sedang Turun

Sekarang harga emas sedang turun dengan banyaknya. Ketika harga emas turun selalu kami dihujani soalan kenapa harga emas turun sedangkan AG selalu menyebut harga emas selalunya naik.

Jawabannya:

1- Allah jadikan masa harga turun peluang bagi mereka yang mempunyai budjet kecil untuk membeli emas. Contoh 1 gram bar AG ketika dilancarkan berharga RM 212, sekarang hanya RM200.
2- Ini juga menunjukkan bukan hartawan sahaja yang boleh memiliki emas. Orang sederhana yang memiliki kesedaran emas boleh membeli emas ketika ini.
3- Penurunan harga emas ini tidak menunjukkan kerugian kepada pemilik emas. Tetapi peluang untuk menambah simpanan emas.
4- Emas adalah sebagai simpanan dan pelaburan. Ketika ini beli emas banyak-banyak untuk simpan. Proses menyimpan menunggu harga emas naik inilah dinamakan pelaburan.
5- Emas merupakan matawang sebenar dan aset yang bernilai. Ia menjadi lebih berharga ketika menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil.
6- Emas walau apapun keadaan ekonomi samada keadaan ekonomi sedang meleset atau sedang berkembang ia tetap bernilai, berlainan dengan bon, saham dan matawang asing yang boleh kehilangan banyak nilainya ketika ekonomi jatuh.
7- Adakah masa sekarang sesuai membeli emas? Memulakan membeli emas tidak kira bila. Lebih awal membeli emas adalah lebih baik. Keadaan sekarang sangat sesuai membeli.

1 ulasan:

  1. kenapa amsyiq x berupdate carta penjualan emas n offer tu last update 13.5.12. boleh bagi harga jualan ari ni x sbab saya mcm nak joint jadi ahli

    BalasPadam



TV9