| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 7 Jun 2012

Sokong Kami Memartabatkan Dirham Ditempatnya

Menurut ulamak nisbah dirham dan dinar pada masa nabi s.aw adalah 1: 10. Sebahagiannya menyatakan 1:12.
Kalau kita merujuk harga dinar dan dirham di Malaysia masih belum lagi terbela nilai dirham. Sebagai contoh Kalau Dinar& Dirham Kelantan yang dianggap diberi otiriti oleh kerajaan Kelantan pun belum benar-benar meletakkan dirham ditempatnya. Mari kita lihat:
Harga Drham Kelantan ialah RM 25 dan harga Dinar Kelantan hari ini adalah RM 787. Ini bererti nisbah dirham Kelantan berbanding dengan dinarnya ialah 1:31.
Cuba lihat pula harga Dirham Amsyiq hari ini RM 32 dan harga Dinar (916) Amsyiq hari ini(sewaktu artikal ini ditulis) ialah 767 . Ini bererti nisbah dirham Amsyiq dan dinar Amsyiq adalah 1: 23.
Untuk mendekatkan nisbah tersebut Amsyiq gold Sdn Bhd akan melepaskan harga dirhamnya mengikut harga silver sehingga sekurang-kurangnya 1: 12 seperti pendapat sebahagian ulamak. Untuk mendapatkan nisbah tersebut kalau hari ini beerti harga dirham mesti diangkat kepada RM 63, menjadikan harga Dirham Amsyiq RM 63 dan harga Dinar Amsyiq 767. Buat masa ini harga drham Amsyiq hari ini masih RM 32.
Buat masa ini bentuk Dirham Amsyiq setandard dengan dirham-dirham keluaran syarikat lain yang muka depannya mesjid Nabawi dan muka belakangnya ayat Al Quran (kecuali Kelantan). Oleh kerana itu kami hanya menerima dirham-dirham tersebut yang apabila disertai dengan Resit Resmi Amsyiq gold. Untuk itu juga pastikan masa membeli simpan resit belian tersebut untuk tujuan jual semula.
Nantikan juga dirham AG dalam bentuk baru tidak lama lagi. Untuk makluman juga Dinar-dinar Amsyiq pelbagai seperti berikut:
Dinar 916
1) Dinar Darul Ihsan – gambar Masjid Negeri Selangor
2) Dinar Darul Makmur – gambar Masjid Negeri Pahang
3) Dinar Darul Khusus- gambar rumah minangkabau.
Dinar 999
1) Dinar Darul Ihsan- gambar Masjid Negeri Selangor
2) Dinar Darul Aman- gambar masjid Zahir
3) Dinar Darul Iman- gambar masjid terapung Terangganu
4) Dinar N. Perak- gambar Masjid Ubudiah
5) Dinar Johor- gambar Masjid Abu Bakar
6) Dinar Melaka- gambar menara mesjid Negeri Melaka
Bagi ahli Komas (Koperasi Mesjid Negeri Perak), kami juga menyediaka Dinar KOMAS- bergambarkan logo persatuan.
Nantikan juaga akan terbit dirham AMSYIQ terbaru.
Dengan membeli dirham Amsyiq beerti anda telah bersama kami memartabatkan nilai dirham ditempatnya

1 ulasan:



TV9