| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 25 Ogos 2012

Ini Masa Menyimpan Emas, Silver dan Dirham Amsyiq

Pergerakan harga emas dan perak semasa mempengaruhi harga produk AG. Harga emas AG begitu laju pergerakan menaiknya.  Berikutan itu juga harga perak AG juga naik . Sementara harga dirham AG dilepaskan naik sangat berbeza dengan harga dirham produk lain. Bagi pelanggan Amsyiq inilah masa membeli emas dan perak serta dirham AG.

Kalau melihat trend harga emas dan perak sekarang, Nampak ia sedang agerasif naik memuncak. Membeli sekarang adalah pilihan kedua terbaik setelah kita kehilangan waktu pertama terbaik beberapa bulan sudah ketika harga sedang betul-betul turun. Tetapi biasanya kita bersikap tunggu dan lihat. Apabila harga mula bergerak naik, barulah kita tergesa-gesa nak membeli. Barulah nak percaya emas sentiasa naik.

Oleh kerana itu inilah masanya. Kalau kita biarkan berlalu kita akan kehilangan waktu terbaik. Yang tinggal hanyalah waktu “baik”. Kerana mana-mana waktu adalah baik untuk membeli emas. Apatah lagi produk AG spread atau susut nilainya hanya 5%. Kalau dealer hanya 4%. Beli waktu mana pun mudah dicapai keuntungan kerana perbezaan spread yang kecil. Tapi kalau membeli ketika harga rendah lebih cepatlah berganda untungnya. Beli ketika harga baru nak bergerak naik juga cepat untungnya.

Sesiapa yang membeli ketika tawaran Ramadhan dan tawaran lailatulqadr yang lepas sudah pasti dapat mengira untung sekarang ini, kerana pembelian terdahulu, mereka membeli tanpa susut nilai.

Selamat menyambut Idilfitri

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    sy nak tanya kenapa harga AG pada petang ni naik dari harga pada pagi sedangkan harga spot dunia menurun?

    BalasPadam
  2. harga kita otomatic bergerak.betullah tu.

    BalasPadam



TV9