| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 10 Disember 2012

Apa Perlu Dibuat Dihujung Tahun Dengan Wang Anda

Kalau dah cukup tempuh tahunan saham yang syubhat, eloklah fikir-fikirkan tukar kepada beli emas. Ini sebelum fatwa tu berubah. Ada amanah saham dihukum “harus” kerana faktor dharurat maslahah akan datang. Ini yang saya katakana Syubhah. Harus disini bersifat sementara tau. Bila keadaan tidak lagi dharurat, pada ketika itu harus boleh bertukar kepada tidak harus. Lagipun harus tak sama dengan halal.

      2-      Kalau dapat duit lebih seperti bonos ke, dividen ke, inilah masanya digunakan untuk membeli emas. Kalau selama ini kita beralasan duit tak cukup-cukup untuk belie mas, sekarang dah dapat bonus apa lagi, belilah  emas.
   
       3-      Kalau dah beli emas nak buat apa?
a)      Boleh simpan untuk simpanan jangka panjang. Bila perlu dicairkan semula jual emulakepada  kita apabila harga melebihi harga semasa beli.

b)      Boleh di Rahnukan apabila sesak duit. Antara buat pinjaman peribadi dengan ar Rahn lebih menguntungkan. Contoh ar Rahnu yang ada hubungan baik dengan AG ialah ar Rahnu KOSEGAR seksyen 17, Ar Rahnu Bank Rakyat  dan ar Rahnu Koprimas (rujuk post saya sebelum ini) InsyaAllah ar Rahnu AG mungkin dalam bulan Januari beroperasi.

c)       Anda juga boleh Rahnukan. Dapat duit rahnukan lagi. Dapat duit rahnukan lagi. Begitulah seterusnya sehingga tidak boleh dibelikan lagi emas. Cara ini anda dapat membeli emas secara  banyak dengan modal yang kecil dan dengan harga hari ini. Ini terpulang kepada planning masing-masing. Dan ini bukan skim. Nak buat boleh. Tak nak pun boleh. Kalau tak nak beli dan simpan.
Kalau nak buat, Insya Allah AG memudahkan anda nanti apabila ar Rahn Ag dah boleh operasi , InsyaAllah Januari nanti.
Cara boleh rujuk post saya bertajuk: Bagaimana GKA dapat dilaksanakan melalui ar Rahnu.

Baiknya menyimpan emas kitr boleh cairkan bila-bila masa, tak payah tunggu matang terlebih dahulu macam potfolio yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9