| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 21 Mac 2013

Berehat, Melancong, Belajar Dan Berubat

Kalau anda atau atau sekeluarga ingin berehat dan melancung di sekitar Lembah Klang, terutama sempena cuti sekolah ini, kami menyediakan untuk anda kediaman yang sesuai dengan citarasa anda.

Kalau anda mahukan kawasan yang sibuk untuk anda membeli belah, berhampiran dengan kedai makan dan lain-lain, maka penginapan / hotel budget Amsyiq tempat yang sesuai di Seksyen 7. Sewanya hanya antara RM 70 hingga RM 120. Boleh check-in bila-bila masa 24 jam.

Kalau  anda berminat membawa keluarga bercuti dalam sebuah rumah teres yang luas atau sebuah banglow, kami menyediaknnya sebuah rumah 4 bilik dengan ruang tamu yang besar hanya dengan sewa sehari RM 450 sahaja. Kalau nak 2 buah sekali pun boleh, sebab kami ada teres yang berkembar sebelah menyebelah. Ertinya kalau nak buat perhimpunan keluarga contohnya tujuh lapan keluarga InsyaAllah muat. lagipun kawasan teres ini dalam kawasan berpagar dan kawalan keselamatan. Kalau sewa bilik sahaja dari teres ini: kalau master bedroom bilik air di dalam, bilik yang luas, ada TV , harganya hanya  RM 200 sehari. Kalau bilik sederhana yang bilik airnya diluar, ada TV setiap bilik, harganya hanya RM 150 sehari. Mana boleh dapat harga tersebut di Shah Alam ini.

Untuk melancong sekitar Shah Alam ni. Kalau anda nak pergi sendiri, anda boleh pergi melawat Taman Pertanian yang hanya 5 hingga 10 minit dari hotel dan teres kami. Kalau nak bantuan kami, kami boleh sediakan pemandu pelancongnya. bayarlah sikit ye. Lagi pun anda boleh transit di banglow kami yang hampir sangat dengan Taman Pertanian. Joging pun boleh sampai. Taman pertanian ini ada macam-macam dalamnya, antaranya 4 musim, kolam renang dan lain-lain. Bayaran cukup murah. Anda juga boleh melawat Masjid Negeri Selangor. Menghadiri kuliah Maghrib, kuliah Dhuha, kuliah sabtu semuanya percuma di sini.

Kalau anda nak pergi Shopping Center di sini, ada Kompleks PKNS, ada SACC Mall (macam KLCC lah), TESCO, Giant, Myden dan macam-macam lagi. Semuanya ada di Shah Alam ini. Yang menariknya penginapan kami ini, kami menyediakan kuliah subuh dan kuliah maghrib percuma kalau diperlukan. Ini tanggungjawab kami.

Kalau anda mahu mendapat rawatan Qurani, kami juga boleh menyediakannya. Sambil bercuti dapat buat berbagai-bagai faedah.

Satu lagi.. jangan lupa...nak tahu tentang Emas Simpanan Pintar Kalis Inflasi, kami boleh berikan penerangan mengenainya secara percuma. Dan kalau nak beli emas, Kami adalah syarikat Islam yang mempeloporinya. Anda juga boleh mendapatkan maklumat dari pegawai-pegawai cawangan kami atau menelefon mereka (rujuk dalam web atau blog kami) atau hubungi kami 03-55231066/ 012-6669362/ 019-2903165.
dan ingat.....

INI MASA MEMBELI......BELI BANYAK-BANYAK.....AMSYIQ BERI BANYAK DISKAUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9