| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 19 Mac 2013

Keburukan sistem 35:65 terutama apabila harga emas turun


Sehingga hari ini ramai orang yang berterus terang kepada admin telah “terugi” dengan sistem 35:65 yang digunakan oleh syarikat lain. Di sini kami bawakan contoh tiga jenis orang yang datang kepada kami yang membeli mengikut kaedah 35:65 dari syarikat xyz.

Si A- menggadaikan gold bar yang dibeli dari syarikat x . setelah dua kali sambung dan tukar surat akhirnya AGRO telah mengeluarkan surat untuk tidak membenarkan lagi sambung. Akhirnya si A kan mendapat rugi terpaksa jual balik dengan harga yang rendah kerana harga emas sedang jatuh.

Si B- pula membeli jewellery sebanyak 300 g dari syarikat y melalui kaedah 35: 65.Asalnya si B hanya memperuntukkan 19k sahaja untuk membeli emas. Harga 1 g ketika itu rm 190. Duit sebanyak 19k dapatlah beli 100g. Tetapi syarikat Y menawarkan tambahan 250 g lagi tanpa tambahan bayar dan syarikat Y menyatakan bank yang akan bayar. Emas sebanyak tersebut dicagarkan atas nama B. B jangan bimbang kerana kenaikan harga emas akan dapat menampung upah simpan yang dikenakan oleh bank.
Tanpa mendapat penjelasan yang banyak, Si B setuju. Syarikat Y menambah 250g lagi. 350 g x 190 berjumlah 66,500. Apabila digadaikan kepada Agro. Nilai pinjaman yang diberi ialah 65% iaitu 43,225 diambil oleh pihak syarikat Y.

B ditanggungkan dengan hutang 43,225 dan upah simpan sebanyak 0.70%x 66,500= 465.5 perbulan,tempuh matang gadaian adalah 6 bulan . Oleh kerana tempuh matang 6 bulan, si B hendak tebus semula , si B dikehendaki membayar semula pinjaman sebanya 43,225+ (465.5×6)= 2793 = 46,018. Kalau B menebusnya hari ini, B akan memiliki 350g. Dengan harga hari ini 130 /g. Sekiranya B mejualkan emasnya 350x 130, B akan dapat 45,500.

Berapa perbezaan yang diperolehi oleh B. jawabannya: 64,750- 45,500= 19,250. Berdasarkan ini B hanya dapat 19,250. Tolak modal 19k. Bayar lagi upah simpan. B bukan sahaja tak dapaat modal. Kena bayar upah simpan lagi.Rugi  ..rugi…rugi.
Puan C- membeli 4 rantai tangan 100g pada ketika ia membeli dengan harga 179/g dari dealer syarikat z, dengan kaedah 35:65. (25,060: 46,540=71,600) Puan C telah menebus 4 gelang ini dari AGRO bank dengan membayar 46,540+ upah simpan (501.2×6)= 3007.2 . Total: 49,547.20

Puan C datang kepada AG, setelah individu menjual tidak mampu membeli semula sedangkan Puan C sedang memerlukan cash. Apabila AG melihat surat resit pembelian emas tersebut telah melebihi setahun. Kalau ikut kaedah, emas yang lebih setahun walaupun tak pernah dipakai dikategorikan sebagai emas terpakai sama dengan emas yang dah lusuh atau patah, putus dan sebagainya, susut nilainya kalau di Ag sehingga 20 peratus, kalau ditempat lain sehingga 30%. Harga beli semula AG emas lama ialah 145 sementara harga beli semula AG emas baru ialah 158. Kerana kesian AG beli dengan haraga dipertengahan kedua-dua harga tersebut iaitu 152 /gm.

Ini keburukan membeli jewellery yang tidak pernah di jelaskan oleh penjual jawellery.

Kesimpulannya

1) Sistem 35:65 ada kelemahannya yang membawa tanggungan kepada pembeli
2) Emas jewellery juga ada kelemahannya
3) Emas jewellery dianggap emas terpakai apabila usianya melebihi satu tahun

16/4/13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9